Campaigns

Jul 30, 2015

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

8:30 AM 26 Comments
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

NAMUN, ada juga bertanya, habis jika ia ditanya orang atau ketika dipelawa makan? adakah ingin senyap sahaja?

Pertanyaan ini kelihatan sepatutnya mampu disesuaikan dengan nasihat di atas tanpa perlu bertanya lagi. Namun di zaman semua perlu dijelas satu persatu ini, kelihatan semua gagal menggunakan kebijaksanaan memahami mesej dari sebuah nasihat maka memilih untuk membangkang dan membantah. APA YANG dinasihati adalah semua kita berhati-hati agar kita tidak sesuka hati mengumumkan kita berpuasa atau jumlah bilangan puasa kita dan diikuti dengan rasa ingin menunjuk-nunjuk. Jika diperlukan sekadar menjawab persoalan dan mampu pula dijaga hati agar tidak sum'ah dan tidak pula berlebihan berbicara berkenaannya, seperti menyambung jawapan pertanyaan dengan menyebut jumlah hari yang sudah berpuasa, ditambah pula dengan adakalanya 'memperlekehkan' jumlah puasa orang lain dan yang sepertinya, maka SEKADAR menjawab 'berpuasa' wajarlah tiada masalah dan TIDAKLAH TERMASUK dalam larangan yang dinasihati.

Demikian juga bagi mereka yang memaklumkan puasanya dia kepada ahli keluarga atau rakan dengan niat mendorong kepada kebaikan, maka itu jika dilakukan dengan hati yang terkawal dan niat baik, TIDAK JUGA termasuk dalam riya' dan sum'ah yang merosakkan. Insha Allah. Apapun perlu berhati-hati sentiasa kerana Syaitan itu amat licik dalam usaha melencongkan niat manusia seluruhnya.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi Salla Allahu 'Alaihi wasallam :-

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi Salla Allahu 'Alaihi wasallam dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan banyak lagi rekaan ibadah secara gabungan yang baru kelak termasuklah gabungan Haji beserta Umrah sekaligus dengan satu niat.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

Hujjah ulama yang mengharuskannya

Datang dari hadith:-

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini adalah, terdapat IJTIHAD ULAMA yang membolehkan gabung dan wujud juga yang tidak membolehkan, justeru persoalan UTAMA yang tinggal kini boleh BOLEH ATAU TIDAK MENGGABUNGKAN tetapi lebih kepada manakah kaedah yang terbaik untuk DIRI. Jika ditanya kepada saya, jawabnya adalah SANGAT ELOK tidak digabungkan JIKA MAMPU DAN BERKINGINAN GANJARAN TERBESAR, justeru elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai RUKHSAH  "keringanan" bagi mereka yang mempunyai KESUKARAN kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian, sekadar perkongsian bersama
* Oh ya esok Anum bercuti lagi.. kena balik lagi kampung anak buah plak kahwin...
bulan syawal ini memang duk ulang alik kampung je la jawapnya..*
Jumpa lagi next entry next week ya.. inshaallah

Jul 29, 2015

Wordless Wednesday #134

8:30 AM 30 Comments
Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 Last week punya cerita
 Ini la kampung Anum, nampak x pokok apa tue
 Sampai je rumah mak kata nangka dah masak
 Rezeki2
 Alhamdullilah dapat nangka madu 
 Hasilnya.. hehe banyak dan manis sangat
 Kalau dah ramai balik begini la keadaan susunan kereta
 Bunga Pudin.. dulu suka sangat tanam pudin nie..
 Sempat ngeteh ngan family
Td dah nampak pokok kan. now hasilnya.. memang rezeki balik kampung lagi 
 View pokok buah-buahan hasil tanaman Arwah Abah & My mom
 Kalau duduk kampung petang2 memang membakar la jawabnya
 Musim kat Temerloh skrg panas terik, sedap sgt bakar daun2 kering
Peneman my mom.. hehe last week kami balik ke kampung semula selepas pulang beraya, penat memang penat tapi demi family semua kena berkumpul.. nak tau sebab apa kami kena balik ke kampung semula nanti Anum share entry ok

Jul 28, 2015

Mandi Sungai Pahang

8:30 AM 28 Comments
Assalamualaikum semua
Kepada semua yang sudi singgah blog Anum semalam
Tq banyak2 sory semalam Anum bercuti
Ok hari ini nak up entry mandi manda
 Kebetulan masa balik raya memang pasir sungai tengah cantik
 apa lagi ini la masanya kita mandi sungai, sebab anak2 buah ramai pasti seronok kan
 Lupa nak info rumah anum kat tloh betul2 belakang sungai pahang je
 mengikut kata mak dah berbulan x hujan, patut la pasir cantik je
 malam kami buat bbq, kumpul satu family
memang nak celebrate bday my brother.. ini la family kecil my brother
ok dah habis cerita mengenai riang ria raya.. hehe
* sory sangat2 hari ini bz sangat x sempat nk BW *

Jul 24, 2015

Riang Ria Raya with My Family 2015

8:30 AM 34 Comments
Assalamualaikum semua
Hari ini nak share gambar2 beraya di kampung Anum
Sampai Tloh raya ketiga, Family MIL follow balik pahang, katanya nak beraya horeyyyyyyy
Sempat bergambar kenangan bersama MIL family, kemudian xtvt beraya rumah saudara mara
Kalau dah kaki gambar, semua family pun sama la kan. haha
Ini baru la namanya raya sakan
Bersama sepupu Anum
Raya lagi, belah Anum memang ramai saudara mara
Family besar la katakan 
2 orang anak buah ini sebaya beza bulan je
Rezeki raya namanya ini.. Alhamdullilah..
Banyak sangat gambar so Anum sekalikan semua...
So jadi satu cerita je la, kalau x ntah bila plak nak habis entry Raya kan..
* hari ini anum balik ke pahang semula.. ada hal yang perlu di uruskan..

Jul 23, 2015

Riang Ria Raya with MIL Family 2015

9:31 AM 40 Comments
Assalamualaikum semua
Hari ini Anum dah start keja.. korang macam mana?
Ada yang dah start keja ke?
Ok hari ini nak share gambar2 raya 
 Raya tahun ini kami beraya di Kuala Selangor dahulu :)
Every year kalau dekat rumah MIL memang wajib ada ketupat
 Raya pertama bergambar selepas sesi bermaafan.
 Selesai solat kami terus ke rumah atok ada kenduri tahlil dan open house
 Selepas makan2 balik rumah dan berehat
 Raya kedua beraya ke rumah makcik & pakcik sebelah hubby di kampung sawah 
 Memang teruja la kan, berjumpa sanak saudara
 Rumah kedua yang dituju
 Orang bandar jumpa sawah katanya.. haha
 hahaha, adalah dalam 5 biji rumah untuk raya kedua 
raya ketiga anum dah bersiap nak balik ke temerloh.. jom ke temerloh
di sebabkan banyak sangat gambar2 raya so anum sekalikan je semua..hehe
ok sambung keja plak

Jul 16, 2015

Mood Raya Aidilfitri 2015

7:32 AM 22 Comments
Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Horeyyyyyyyyyy hari ini hari teakhir bekerja sebelum bercuti Hari Raya
Hari ini nak up gambar Anum & Nana
Bahagian Anum hanya kami bertiga sahaja yang masih bekerja

Hari terakhir update blog.. sekali lagi Anum minta maaf zahir & batin ya
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua 0-0
Berhati-hati perjalanan pulang ke kampung masing2

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Google+ Badge

Member of

Member of