Mar 17, 2020

Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese, Gebu & Menyelerakan

Assalamualaikum semua
Selamat petang
Anum nak share resepi putri ayu 



Buat pembaca ANUM! Kali ini Anum akan berkongsi satu resepi kuih tradisional yang rasanya sudah dimodenkan iaitu puteri ayu. Jika sebelum ini puteri ayu disediakan tanpa topping malah dimakan dengan kelapa parut sahaja. Kini, sebahagian doh kuih tersebut menggunakan adunan cheese dan coklat sebagai kelainan buat korang yang meminati kuih tradisonal itu.

Bahan-bahan yang diperlukan

Resepi adunan cheese
250 gm cream cheese
20 gm tepung gandum
80 gm gula kastor
25 ml susu cair
1 biji telur ayam

Putar dulu cream cheese dengan gula, telur, susu cair pastu masuk tepung pukul sampai sebati dan licin tiada ketulan. Pastu boleh letak dalam acuan, kukus 2 minit. Sebelum tu, sapu acuan dengan minyak sikit ye.
Resepi coklat
1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
10 sudu besar gula(yg ni dah nice bagi Izu kalu korang nk manis lagi, boleh tambah jd 12 sudu)
3 biji telur ayam Gred A

Masuk saja semua bahan dalam blender dan blend sebati lebih kurang 5 minit ya

Cara-cara penyediaan

Ayak bahan ni sekali:
1 1/4 cawan tepung gandum(nak guna tepung kek boleh tp takyah letak soda n baking dah)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam halus

Lepas tu masukkan adunan yang blend tadi dalam bekas besar, masukkn tepung sikit demi sikit, kaup balik sampai sebati. Tapis adunan untuk elak ade yang berketul. Biarkan kejap. Lepastu boleh tuang atas cheese yang dah kukus tadi. Kukus balik dalam 7 minit/sehingga masak. Guna api sederhana ya. Selamat mencuba!
The following two tabs change content below.
Share:
Read More
, ,

‘Jangan Panik, Jangan Cemas..’ – PM Minta Orang Awam Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi 
Jam 10 malam sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Menurut beliau, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Orang ramai juga diminua jangan panik dan memberi kerjasama agar dapat membendung wabak Covid-19 ini menjadi semakin parah.

Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi. Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.

Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih. Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi :
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan
  1. Hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang

Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini. Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa. Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.
Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.

Sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini

Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa. Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa. Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini. Saya berdoa agar saudara-saudari sekalian terus cekal dan tabah dalam menjalankan tugas untuk negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini sentiasa terpelihara. Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T. Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Summer : RTM
The following two tabs change content below.
Share:
Read More

Mar 13, 2020

, , ,

Renungan Jumaat : Contohi Sikap Pemaaf Rasullulah SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
CONTOHI SIKAP PEMAAF RASULLULAH SAW
Image result for Contoh Sikap Pemaaf Rasulullah SAW
Rasulullah SAW seorang pemaaf. Baginda tidak mudah berasa sakit hati apatah lagi berdendam walaupun diperlakukan dengan pelbagai perbuatan menyakitkan, bahkan turut mengancam nyawanya.

Satu kisah Rasulullah SAW diludah oleh kaum kafir Quraisy ketika hendak pulang dari masjid selepas selesai menunaikan solat, namun baginda tidak pernah membalasnya.
Satu lagi peristiwa berlaku di Taif di mana Rasulullah SAW dalam usahanya mengembangkan Islam.

Disebabkan penduduk Makkah menolak usaha dakwah yang disampaikannya, baginda berusaha pula mengajak penduduk Taif kepada Islam.

Usaha Nabi SAW bukan hanya ditolak, tetapi ditentang dan dibaling batu oleh pemuda Bani Thaqif sehingga kaki baginda berdarah.

Bagaimanapun, Rasulullah SAW tetap mendoakan mereka supaya mendapat pengampunan Allah SWT walaupun ditawarkan Malaikat Jibrail untuk membinasakan mereka.

Pendekatan diambil baginda adalah memaafkan serta mendoakan mereka supaya dikurniakan pengampunan dan hidayah.

Perbuatan sakit hati, mudah marah, menyimpan kebencian serta dendam pada orang lain akan menggganggu kesihatan jasmani seperti stres dan meningkatkan tekanan darah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal yang diutamakan.” (Surah as-Syuraa, ayat 43).

Begitulah karektor pemaaf yang dimiliki Rasulullah SAW yang patut diteladani setiap manusia.

Jika seseorang datang untuk meminta maaf, maka baginda terus memaafkan orang itu.

Untuk menjadi seorang yang mampu memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepada kita memerlukan jiwa yang besar.

Orang yang memaafkan sedangkan dia berada di pihak yang benar adalah kemuliaan buat dirinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199)

Dalam satu lagi firman yang bermaksud: “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya daripada Allah SWT. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim.” (Surah asy-Syura, ayat 40)

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sifat pemaaf adalah iman yang paling utama sepertimana dijelaskan bermaksud: 

“Iman yang paling utama adalah sabar dan memaafkan.” (Hadis riwayat Bukhari).
Sifat pemaaf juga adalah salah satu ciri orang bertakwa dan akhlak yang disayangi Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa (yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)
Allah SWT akan memberikan pengampunan bagi mereka yang pemaaf.

Allah Maha Pengampun kepada hamba-Nya yang tidak jemu memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan, sama ada secara nyata mahupun tersembunyi. Firman Allah swt di dalam al-Quran: “Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’: 25).

Amalan memohon maaf harus dilakukan tidak kira bila, tempat atau dengan siapa. Semua manusia biasa tidak lari dari membuat kesilapan dan kesalahan maka janganlah malu atau segan untuk memohon maaf.

Allah SWT akan memberikan pengampunan bagi mereka yang pemaaf. Sesungguhnya Allah SWT yang memiliki sifat mulia, dan salah satu yang dimiliki Allah yaitu sifat Pemaaf. “Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (Surah An-Nisa’: 149).

Amalan memohon maaf harus dilakukan tidak kira bila, tempat atau dengan siapa.
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, maka janganlah malu untuk memohon maaf.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia 
Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Share:
Read More

Mar 11, 2020

, , ,

Wordless Wednesday #5/2020


Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog
Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 selfie
 Bersama kawan2 di JPA
 Meeting on
 Anum sejenis yang x tahan sejuk haha
art of picture
Share:
Read More

Mar 10, 2020

Mar 9, 2020

, , , , ,

KEPUTUSAN DART BEREGU JMB PUTRAJAYA 2020

Assalamualaikum semua
Selamat pagi Isnin
Pagi ini Anum nak share gambar2 sekitar Kejohanan Dart Beregu JMB Putrajaya
 Alhamdullilah kami berjaya sehingga top 8
 Anum partners dengan kapten club En Rusli
 antara ladies yang menyertai kejohanan
 wajib kena ada gambar
 keputusan 
 Nama diberi Arul, kawan suka duka, gaduh dan sebagainya hehe
 bersama ladies
 my sifu Abg Iman, thanks banyak beri tunjuk ajar
 alhamdullilah x pulang dengan tangan kosong
 Carta Penuh
syukur selalu
Share:
Read More

Mar 5, 2020

, ,

Aktiviti Masa Lapang

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Hari ini nak up gambar2 aktiviti masa lapang
 Selain daripada minat sukan Dart
 Anum suka memancing
 baru2 ni kami dapat port baik
 tempatnya di Pulau Carey
 terbaik ada masa lapang memang kami suka mancing
 nampak x seorang pemancing tegar
 hahaha santai2 kan
 kebanyakan hobi kami memang sama
 kesian pakcik nie penat tunggu ikan katanya hehe
 akhirnya dapat lesen
 sekali naik banyak sampai x cukup tgn hehe
 alhamdullilah rezeki kan
 happy seronok
 apa yang best mancing ni, kesabaran nak dapatkan ikan, dah kepuasan tarik ikan naik
 lama rasanya kami x mancing asyik ngan dart je
so bila ada masa kami set mancing ... ok happy working
esok Anum akn bercuti rehat
Doakan kami ada pertandingan dart @ Pontian Johor
Share:
Read More

Mar 4, 2020

, , , , , ,

Wordless Wednesday #4/2020

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog
Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
last week melawat baby affan ziyad
baik sgt
tido je
tgk tu mengeliat
cahhh dah bangun
bersama buah hati arissa
aaira pun nak gambar ngan mama
with papa
happy moment
alhamdullilah 
Share:
Read More

NUFFNANG