Campaigns

Jul 31, 2013

Wordless Wednesday #82

8:00 AM 49 Comments
Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 01
 02
 03
 04
 05
06

Jul 30, 2013

Aqasha Respon Isu Poligami Ashraf Muslim?

8:00 AM 38 Comments
Assalamualaikum Semua
Sejak berita mengenai perkahwinan kali kedua Ashraf Muslim bersama bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand tersebar di media, ramai pihak yang cuba menyatakan pendapat serta memberi respon berhubung isu tersebut. Mungkin ada yang memandang perkara berkenaan ke arah sudut yang positif dan ada juga sebaliknya.
Namun begitu, menerusi laman Twitter milik Aqasha, pelakon drama Dejavu Di Kinabalu itu turut memberi respon mengenai isu poligami dengan memuat naik status berbunyi :
Orang bercerai ada yang bising, orang tambah isteri pun ada juga yang bising. Inilah hakikat, yang patut ada 1 tu tuhan je. Hehehe.
Status Aqasha itu bagaimanapun mendapat perhatian seorang peminat dan menerusi respon berbalas yang diberikan oleh individu terbabit, Aqasha telah menegur dengan menyatakan bahawa, jangan bercakap mengenai isu rumahtangga jika anda belum berkahwin.
 Aqasha sewaktu bernikah dengan isteri tercinta, Noor Baizura
Dalam pada itu, Aqasha turut menegaskan bahawa tidak salah untuk berkahwin di Siam dan melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang positif.
 Bagaimanapun isu poligami ini hanya boleh dijawab oleh mereka yang arif sahaja dan sebagai orang luar, lebih elok sekiranya isu seperti itu tidak diulas dengan lebih lanjut kerana dikhuatiri akan mengguris hati pihak tertentu.
Untuk makluman, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli telah bernikah dengan wanita pilihannya, Noor Baizura pada tanggal 10 Oktober 2010 dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
*Entry Auto -Publish
Now kat dalam Dewan Final Exam
Wish me Luck

Jul 29, 2013

Keletah Comel Anak Nabila Huda

8:00 AM 45 Comments
Assalamualaikum Semua
Kalau sebut sahaja nama Nabila Huda, orang pasti akan mengaitkannya dengan kontroversi dan isu-isu panas dari dulu hinggalah sekarang.
Tetapi sebenarnya, tak ramai yang mengetahui pelakon ini mempunyai sifat keibuan yang cukup lemah lembut dan penyayang terhadap anak perempuannya, Keisha.
Beberapa Minggu yang lepas, Abil ada berkongsi sebuah video di akaun Keek miliknya menunjukkan gelagat dia dan anaknya yang cukup comel.
Terserlah kasih antara ibu dengan anaknya
Menerusi video yang berjudul ‘Home Sweet Home :)‘ itu, dapat dilihat keterujaan dan kepetahan Keisha berbicara sewaktu menyambut kepulangan Abil.
Memang betul sifat penyayang seorang ibu adalah semulajadi dan tidak boleh dipertikaikan, tetapi rasanya setakat ini Abil berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.
Walaupun bergelar ibu tunggal dan sering dihimpit kontroversi dengan kehidupannya yang dilihat agak sosial, Abil masih mampu mendidik anaknya dengan tutur kata yang cukup sopan dan lemah lembut.
Untuk pengetahuan anda, Keisha yang kini berusia tiga tahun adalah anak tunggal hasil perkahwinan Abil dengan bekas suaminya, Zaidi Zailani sebelum mereka bercerai pada bulan Ogos 2011.
Kalau nak tahu apa yang dibualkan oleh anak beranak ni, jom layan video comel mereka di bawah.

Jul 26, 2013

Zizan Razak Buru KL Zombi!

8:00 AM 25 Comments
Assalamualaikum semua
Sempena kemunculan filem terbaru lakonan mantap Zizan Razak berjudul KL Zombi yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, pihak produksi Grand Brilliance dengan bangganya telah melancarkan muzik video KL Zombi 2013! menerusi laman YouTube mereka semalam.
Filem KL Zombi ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel berjudul Zombijaya, hasil karya asal penulis terkenal, Adib Zaini.
Secara umumnya, filem berkenaan menceritakan tentang penyebaran sebuah virus yang dikenali sebagai virus zombi, di mana ia bermula daripada gigitan seekor anjing yang bervirus dan akhirnya merebak keseluruh Malaysia.
Menerusi filem ini, pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak telah memegang watak sebagai Nipis, di mana dia merupakan seorang kaki teori konspirasi yang telah mencadangkan agar penduduk Malaysia berpindah ke Putrajaya. Ini kerana, Nipis percaya kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear yang difahamkan mampu melindungi penduduk Malaysia daripada terkena wabak zombi tersebut.
 Izara Aishah turut melakonkan watak sebagai Zombi
Adakah dengan berbuat demikian, Nipis dapat menyelamatkan seluruh penduduk Malaysia daripada serangan Zombi? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini dipawagam berhampiran anda bermula Ogos depan.
Untuk makluman, filem tersebut turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.
Sebelum menyaksikan filem KL Zombi dipawagam, apa kata anda layan dulu muzik video KL Zombi 2013 selepas ini. Enjoice!

Jul 25, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #54

8:00 AM 28 Comments
Assalamualaikum semua
Umum tahu pelakon jelita, Izreen Azminda kini sedang menantikan saat-saat indahnya untuk bergelar ibu dan sempena menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu, pelakon filem Pecah ini telah disambut dengan sebuah majlis ringkas yang dikenali sebagai baby shower.
Menerusi laman Instagram milik pelakon wanita ini, Izreen telah melahirkan rasa terharu atas kejutan yang dirancang buat dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Muhamad Riza atas majlis yang cukup meriah itu.
Omgggg tq tq tq so much to hot ibu@fashasandha ..waaaa terharunya#babyshower surprise???
Tq juga buat suami tersyg???@rizabaharudin
 Izreen disamping pelakon jelita, Fasha Sandha
Nampaknya majlis baby shower Izreen ini turut dihadiri oleh rakan artis lain iaitu Fasha Sandha dan Aaron Aziz.
Untuk makluman, Izreen dijadualkan bakal melahirkan cahaya mata sulungnya pada bulan ini dan dia telah memilih Hospital Columbia Asia di Setapak sebagai tempat kelahiran bayi pertamanya itu.Izreen Azminda dan Muhamad Riza Baharuddin telah bernikah pada 30 Ogos 2012 dan resepsi persandingan mereka telah diadakan pada keesokan harinya di hotel Holiday Villa Alor Star, Kedah.
Untuk semua peminat Izreen, jom layan beberapa foto comel pelakon wanita tersebut sekitar majlis baby shower-nya semalam.
p/s: Ni entry auto publish yek kawan2..sebab today i'm off
pada kawan2 yg sudi singgah sini thanks.. nanti anum buat kunjungan balas

Jul 24, 2013

Wordless Wednesday #81

8:00 AM 41 Comments
Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog

Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 01
 02
 03
 04
 05
06

Jul 23, 2013

Laporan : Bukan Sekadar Teknik Pemanduan Ekstrem

8:00 AM 44 Comments
Assalamualaikum Semua
Keluhan di kala trafik sesak atau adrenalin hasil pecutan laju di lebuh raya sudah menjadi asam garam buat penduduk di sekitar Lembah Klang yang rata-ratanya menghabiskan masa selama 4 jam setiap hari di atas jalan raya!
Satu persoalan. Pernahkah anda tertanya, adakah teknik pemanduan yang selama ini anda pelajari di sekolah memandu adalah betul?
Baru-baru ini, saya dijemput ke Shell Helix D-Academy 2013 : Edisi Ekstrem yang diadakan selama 2 hari MAEPS Motorsport Park di Serdang bagi mempelajari teknik pemanduan yang amat komprehensif daripada jurulatih profesional. Antara sukatan yang diberi penekanan adalah teknik mengelakkan halangan mengejut, memandu dalam keadaan jalan basah dan juga sesi mengenai petua keselamatan untuk pemandu wanita.
Hasil anjuran bersama antara Shell & Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd ini turut menyaksikan 3 buah jenis kereta iaitu i10 compact, Elantra sedan dan Veloster Sports Coupe digunakan sepanjang kursus berjalan.
Seawal jam 9 pagi, wakil media diberi penerangan mengenai asas-asas keselamatan & pemanduan sebelum dibawa ke kawasan lapang bagi tujuan pemanduan ekstrem.
Jurulatih profesional kemudiannya memberi tunjuk ajar mengenai fungsi ABS (Anti Brake System) yang difahamkan dapat membantu pemandu mengelak daripada halangan mengejut. Setiap peserta berpeluang untuk merasai sendiri kuasa pecutan Elantra sedan dan menekan brek serta-merta bagi mengaktifkan fungsi ABS.
Ramai wakil media belajar buat pertama kalinya bagaimana untuk mengawal kenderaan mereka dalam keadaan pemanduan paling sukar.  Mereka berpeluang untuk mengendalikan kereta kompak dengan enjin berkuasa lebih rendah dan kurang dilengkapi ciri-ciri canggih seperti Hyundai i10 compact dan juga kereta lebih besar seperti Elantra sedan dan Veloster sports coupe yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan lebih baik seperti Electronic Positioning System (EPS).
Wakil media kemudiannya merasai pengalaman ‘drifting’ dengan penggunaan teknologi EPS ini. Ada perbezaan ketara apabila EPS diaktifkan dimana teknologi ini membantu untuk menstabilkan kereta secara automatik sekiranya tergelincir di atas jalan basah.
Selain itu, wakil media turut diberikan penerangan mengenai teknik pegang stereng yang lebih efektif iaitu ‘Cross Steering’. Teknik ini diakui membantu pemandu untuk memberikan reflek yang lebih pantas tanpa mengira kondisi pemanduan normal atau kecemasan.
Wakil media kemudiannya diraikan dalam majlis penutup dengan setiap seorang membawa pulang sijil penyertaan dan 1 pek -liter minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra 5W-40 sebagai cenderahati.

Jul 22, 2013

Despicable Me 2: Malaysia Catat Jualan Tiket Tertinggi

8:00 AM 41 Comments
Assalamualaikum...
Walaupun baru seminggu ditayangkan, Despicable Me 2 telah berjaya mencatat rekod jualan tiket yang tertinggi hingga memperoleh gelaran Number One Biggest Opening Weekend untuk filem animasi di Malaysia.
Malah, Despicable Me 2 juga nampaknya telah menewaskan pemegang rekod sebelum ini, Kung Fu Panda 2.
Meskipun filem itu mula ditayangkan pada hari Khamis dan bukan sekitar musim cuti persekolahan, ianya langsung tidak menjadi masalah buat peminat yang telah lama menunggu kemunculan sekuel Despicable Me.
Gru dan Lucy dalam Despicable Me 2
Bukan setakat itu sahaja, demam Minion juga sudah mula melanda sebaik sahaja Despicable Me 2 mula ditayangkan. Malah ada yang sanggup mencari patung mainan Minion untuk dijadikan koleksi peribadi.
Pengarah Urusan United International Pictures (Singapura & Malaysia), Nicholas Yong menyifatkan karakter Minion merupakan salah satu punca kejayaan filem Despicable Me 2.
Minion mempunyai daya tarikan yang tersendiri terhadap kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Lawak jenaka, “minion-speak” dan faktor kecomelan yang ditonjolkan oleh Minion membuatkan ia mampu diterima oleh seluruh masyarakat tidak kira usia dan bangsa.
Bagi yang masih belum menonton Despicable Me 2, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada fenomena hangat Minion.
Bawalah anak, adik-beradik mahupun anak saudara anda ke pawagam berhampiran pada hujung minggu ini sementara ia masih ditayangkan.
Kalau anda inginkan pengalaman menonton yang lebih menarik, Despicable Me 2 juga ditayangkan dalam versi 2D dan 3D. Selamat berhujung minggu dengan Minion!

Jul 19, 2013

Senarai Nama Pemenang 2nd Giveaway

3:30 PM 18 Comments
Assalamualaikum
Now tiba la masa Anum 
umumkan pemenang
yang bertuah...
Jeng, Jeng, Jeng
Pemenang -pemenang jatuh kepada

Nureen
Wantie

ok.. sila emailkan kepada anum nama, alamat & no h/p
satanic.soap@gmail.com
Anum nak ucapkan Terima kasih pada yang join 
dan tahniah pada yang menang.. 
Nanti Anum buat GA lagi , korang join lagi ek ^-^
p/s : Kalau kasi anum details dengan cepat, so sempat la sampai sebelum raya adiahnya



Despicable Me 2 Buat Penonton Tak Kering Gusi

8:00 AM 29 Comments
Jika anda masih ingat dengan ayat ini, ‘Ba-ba-ba-na-na-na’, maka anda pasti tak mahu melepaskan filem animasi penuh humor, Despicable Me 2 yang bakal ditayangkan pada 4 Julai.
Filem Despicable Me sebelum ini mengisahkan tentang Gru (Steve Carell) yang pada mulanya mempunyai niat untuk mencuri bulan. Bunyinya agak mustahil bukan? Namun, dia yang bersaing dengan Vector secara tidak sengaja telah menyelamatkan dunia dan mengembalikan bulan pada bentuk asal.
Selepas kejadian berkenaan, Gru bukan sahaja semakin disukai, malah dia turut berubah menjadi seorang yang baik disebabkan tertarik dan mula menyukai 3 orang anak angkatnya, Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier) dan Agnes (Elsie Fisher).
Dan ya, filem Despicable Me 2 telah kembali semula menemui para peminat. Tipulah kalau anda tak tergelak dengan gelagat Minion berwarna kuning milik Gru dan teruja dengan kecomelan Agnes. Kan?
Salah satu gelagat Minion yang mencuit hati penonton
Tak kering gusi menonton filem Despicable Me 2
Untuk filem Despicable Me 2, Gru yang sudah menjadi seorang bapa yang baik dan penyayang tiba-tiba didatangi oleh seorang wanita bernama Lucy. Kehadiran wanita ini pada awalnya tidak disukai oleh Gru. Namun lama-kelamaan, Gru mula menyedari dia telah jatuh cinta pada Lucy.

Jul 18, 2013

SPONTANEOUS THURSDAY #53

8:00 AM 47 Comments
Assalamualaikum
Berita baik yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Diana Danielle dan Farid Kamil akhirnya diterima apabila Farid sendiri telah mengumumkan kelahiran putera sulungnya lebih kurang jam 5 petang.
Melalui laman Instagram dan Twitter milik Farid, pelakon itu melahirkan rasa syukur kerana kini telah bergelar bapa.
Screen Shot 2013-07-02 at 19.03.52
Menurut sumber terdekat, Diana telah selamat bersalin secara normal di sebuah hospital di Australia sekitar jam 4-5 petang waktu Malaysia dan Farid mendedahkan berat bayinya adalah 9.7lbs atau 4.39kg. Boleh tahan besar juga anak Farid dan Diana ni ya?
 Apapun, tahniah diucapkan buat pasangan selebriti ini 
di atas kelahiran bayi sulung mereka yang sangat comel.

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/