Sep 21, 2020

,

Kubur Mendap & Keluar ‘Cecair’ Merah, Jemaah Mohon Tidak Diviralkan Elak Fitnah

Assalamualaikum & Selamat Petang
Viral di media sosial video menunjukkan sebuah kubur yang mendap dan dipenuhi cecair berwarna merah. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga Alor Setar.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian aneh tersebut telah menggemparkan penduduk sekitar bandar raya Alor Setar sehingga ramai yang datang untuk melihat sendiri.

Viral di media sosial

Salah seorang penduduk. Rahmat Ahmad memberitahu dia mendapat maklumat melalui aplikasi Whatsapp yang dihantar beberapa orang rakan.
Ketika saya ke tanah perkuburan tersebut, saya lihat dapati ada beberapa orang awam sudah melawat kawasan kubur berdarah tersebut dan mendapati ada cecair warna merah apabila mendekatinya.
Jadi, saya memang terkejut melihat keadaan kubur dengan cecair warna merah dan tanah mendap itu memandangkan kali pertama melihat keadaan seumpama itu.

Timbus kembali elak fitnah

Menurut Setiausaha Masjid Al Irfan, Yahya Saad, selepas berbincang, ahli jawatankuasa bersetuju untuk menimbus kembali kubur untuk mengelakkan sebarang fitnah. Jelasnya lagi, kira-kira dua minggu lalu memang ada pengebumian di tanah perkuburan tersebut.
Kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tadi demi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak bertanggungjawab.
Kami juga telah memaklumkan perkara terbabit kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK) dan difahamkan mereka akan turun esok.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan ahli kariah masjid, Alias Ishak berharap orang ramai tidak berkumpul di kawasan perkuburan kerana Kota Setar masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran.
Malah, dia turut memohon kisah tidak diviralkan kerana tidak mahu menimbulkan fitnah dan aib kepada jenazah serta warisnya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian aneh tersebut.
The following two tabs change content below.
Share:

0 Comments:

Post a Comment

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG