Sep 15, 2020

,

‘Guna Bahan Berkualiti Rendah, Raih Untung Besar RM800 Juta’ – Pengarah Syarikat Ditahan SPRM

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi Selasa
Dua pengarah syarikat bergelar Datuk telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melakukan rasuah dan mengemukakan tuntutan palsu bernilai puluhan juta ringgit daripada Kementerian Pertahanan berhubung pelaksanaan 10 projek menaik taraf jalan di Sarawak bernilai RM800 juta, semalam.

Tidak menampung kenderaan berat

Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Harian Metro, dua pengarah tersebut dipercayai telah menggunakan bahan berkualiti rendah ketika membina jalan raya di negeri Sarawak. Di samping itu, lapisan tar yang digunakan hanya setebal dua inci dan tiada lapisan batu kerikil dan pasir ketika proses pembinaan tersebut dilakukan. Ekoran daripada itu, jalan yang telah dibina tersebut tidak dapat menampung kenderaan berat termasuk lori balak.
Semua mereka ditahan dalam satu operasi khas di Kuching, Sarawak hari ini (semalam). Siasatan mendapati projek pembinaan jalan menghubungkan beberapa bandar kecil di Sarawak yang dinamakan Projek Jiwa Murni itu di bawah Kementerian Pertahanan dan dianugerahkan kepada syarikat berkenaan sejak 2010 hingga 2016.
Kedua-dua pengarah syarikat yang berusia 44 tahun itu merupakan rakan kongsi yang memiliki tiga syarikat yang memonopoli projek berkenaan.

Tidak menepati piawaian

Sekadar gambar hiasan
Ada jalan tidak lagi dapat digunakan dan rosak selepas beberapa bulan dibina. Kawasan yang terbabit adalah di Miri, Kapit, Ba’kelalan, Limbang dan Belaga. Hasil kajian teknikal mendapati jalan ini langsung tidak menepati piawaian pembinaan jalan yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).Jalan ini hanya diletakkan lapisan tar nipis setebal dua inci di atas permukaan tanah. Tiada lapisan batu kerikil dan pasir seperti dalam syarat kontrak.
Selain itu perkara paling mengejutkan adalah mengenai pelantikan empat kontraktor baharu oleh JKR negeri. Ini kerana salah satu syarikat yang mendapat projek menaik taraf dan membaikpulih jalan itu disyaki dimiliki oleh pengarah syarikat yang ditahan. Tetapi sebaliknya apa yang berlaku, mereka diberikan lagi projek dengan menggunakan nama syarikat lain.
Sepanjang projek tersebut dibina, pelbagai aduan daripada masyarakat setempat telah diterima oleh pihak berkuasa negeri Sarawak. Selain itu, mereka turut memberi cadangan bahawa syarikat di bawah kawalan dua pengarah itu perlu disenarai hitam daripada memperoleh projek lain. Penahanan dua pengarah itu telah disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.
Sumber: Harian Metro
The following two tabs change content below.
Share:

0 Comments:

Post a Comment

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG