Aug 14, 2020

, , , ,

Renungan Jumaat : Hari-hari Hidup, Apakah Cukup?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Hari-hari hidup, apakah cukup?

Hari-hari Hidup, Apakah Cukup?

Sudah banyak kali terfikir, kira rasa bukan kita je pernah fikir hal macam ini. 
Semua manusia pasti pernah terfikir apakah hari akhir kita sudah benar-benar pengakhiran yang baik-baik atau sebaliknya?

Pasti jawapan kita, 

'Buatlah kebaikan hari-hari, memaafkan semua orang sama ada kita menyakiti atau di sakiti luar dan dalam, serta ikut perintah Allah SWT'.

Jawapan yang biasa di dengari dan belum tentu kita nak istiqamah (rutin: jadikan amalan harian) dalam hari-hari baru kita, bukan?

Dulu kita pernah rasa kedekut untuk berkongsi, mungkin tidak hari ini, Allah SWT uji kita di kala senang untuk kita kongsi rezeki kita membantu orang yang memerlukan.
Semua ini refleks kesan dari hati. 

Terkadang tindakan kita tu dah betul, berbalik kepada hati? 

Siapa boleh urus hati kita, ikhlas atau tidak atau separa ikhlas, atau bila dah membantu baru teringat oh buat kerana Allah SWT.

Adakah ia terkira dalam 'pahala'.

Kita pun tak terkecuali, manusia senantiasa di bayangi dengan diri yang nak buat kebaikan tetapi lupa nak pasang niat. Boleh tak kita nak niatkan macam ini. 

"Ya Allah, seumur hidupku, sepanjang lelah nafasku yang engkau anugerahi, aku senantiasa ingin membuat kebaikan semuanya ikhlas kerana Mu Ya Allah, Aminnn".
Jikalau boleh? Kita akan rasa lapang. 

In Sha Allah, kita bukan rasa nak tamak, tapi manusia senantiasa di uji dalam susah dan senang. Tak tinggal hatta yang bernyawa, pasti ada sahaja ujian dalam pelbagai bentuk.

Itu sebab, setiap kali berurusan dengan makhluk Tuhan termasuk haiwan dan barang tidak bernyawa sekalipun, kita cuba untuk bersikap bersederhana dalam semua perkara.

Agar diri tidak rasa dibuat-buat rasa kebaikan, atau terpalit rasa antara ikhlas atau tidak. Terkadang bila kita selalu mengomel benda-benda remeh, timbul rasa tak syukur tu tau. 
Ramai, bukan seorang. Kita pun tak terkecuali, cuma sekarang kata-kata perlu dijaga agar diri dan orang lain tak fikir sebaliknya.

Uishh bukan senang ya, waktu kita kecil kita dengan dunia kita. Dosa, pahala, makhruh pun kita buat-buat sambil lewa, sebab? Kita rasa kita kecil, apa sahaja dosa dipikul ibu dan ayah.

Bila dewasa, rupanya banyak cabaran hidup, dunia dan cabaran menuju akhirat yang kita kena harungi hari-hari.

Sampai bila pun takkan pernah sudah,

Sampai bila-bila pun kita takkan pernah rasa cukup... kalau ikut kata hati!

Jadinya, hari akhir hidup kita nanti biarlah indah-indah sahaja yang di tinggalkan selagi boleh. Kita nak gembirakan semua orang yang kita sayang selagi boleh tanpa meninggalkan hati sendiri.

Ya, jaga hati sendiri dulu tu lebih baik sebenarnya, mengawal emosi, berfikir bukan kepentingan diri sahaja tetapi rasa ingin di sayangi dan beri sayang tu kembali. 
Timbal balas.

Jika tidak boleh katakan tak boleh tanpa rasa selalu menjaga hati orang, dikhuaitiri nanti hati tidak ikhlas pula di layani...

Jika boleh buatlah seolah-olah itu adalah perjumpaan akhir kalian, buat bersungguh-sungguh, bukan sambil lewa, sebab penerima akan merasai siapa kita dulu dan siapa kita sekarang...

Moga Tuhan, titipkan hari-hari baru kita bersama di hari pengakhiran kita yang entah bila dengan sedikit kasih sayangNya. 

Bila Dia sayang, dia uji, kita redha, kita syukur, kita tawakal "Oh ini bahagian ku, terimalah dengan hati terbuka".

Fikir semua benda buat kerana Allah SWT. 

Moga setiap langkah tapak kaki kita ke mana sahaja...

Moga setiap bait-bait kata yang di tayangkan di media sosial hari-hari...
Senantisa di tukar kepada pahala kebaikan. 

MasyaAllah! Ikhlas!

Share:

0 Comments:

Post a Comment

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG