Aug 11, 2020

5 Etika Ini Boleh Bantu Korang Elak Gaduh & Salah Faham Ketika Berbincang Isu Di Media Sosial

Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Zaman sekarang ni, semua isu senang betul tersebar kalau dimuatnaik dalam media sosial. Lagi-lagi isu panas macam artis, politik, isu semasa dan sebagainya. Bila dah viral, ramailah warganet yang meninggalkan komen dan melontarkan pendapat masing-masing.
Kalau diteliti betul-betul, dalam banyak-banyak komen tu ada terselit komen yang berbaur busuk, jahat dan kadangkala boleh memburukkan imej seseorang. Ini kerana isu viral yang ada di media sosial tak semestinya betul dan datang dari kedua belah pihak.
Justeru, Anum nasihatkan korang kat luar sana supaya sentiasa berhati-hati ketika meninggalkan komen dan pendapat di media sosial. Ikut 5 etika bijak di bawah ni sebelum korang memburukkan lagi keadaan atau mengelirukan netizen lain di media sosial.

1. Fokus topik, jangan sentuh isu sensitif

Bila ada isu berbangkit di media sosial, jangan terus attack personaliti orang tu. Contohnya, panggil diorang bodoh, tak ada otaklah… Lebih teruk, siap ugut suruh mati dan burukkan keluarga diorang. Come onlah, perlu ke?
Sebaliknya, fokuslah topik sebenar isu tu. Jangan sentuh isu lain selain isu utama. Contohnya kalau isu artis bercerai, tak perlulah korang kata dia mata duitanlah, gila jantanlah. Guna logik, sebab dan fakta kalau nak buktikan point tu okay?

2. Make sure ada bukti, sokongan atau rujukan

Bila nak bincang satu isu tu, setidak-tidaknya korang kenalah ada bukti, rujukan atau sokongan bagi membuktikan point korang tu betul. Bukanlah banyak sangat, cukup ada sumber yang dipercayai, link untuk artikel online atau video pun dah cukup.
Dengan bukti, ia bukan boleh menampakkan korang lebih bijak, tapi boleh membantu netizen lain mengesahkan maklumat mengenai isu yang tengah berbangkit tu. Bagus kan?

3. Pastikan bukti korang sah

Cakap pasal sumber ni, bukti yang korang sertakan tu perlulah sah dan dipercayai. Tak bolehlah korang kaut je dari mana-mana portal yang tak diketahui kesahihannya. Kadangkala tu, ada sumber yang claim diorang betul, tapi tak semestinya.
Sebab tu korang kena selalu buat kajian dan baca betul-betul sumber yang korang jumpa. Kalau ia dikeluarkan laman web kerajaan dan media utama, maknanya betullah tu. Kalau masih was-was, korang boleh check dekat portal sebenarnya.my. Semua berita yang ada kat situ sahih!

4. Buka fikiran dan dengar pendapat orang lain

Di media sosial, pendapat semua orang tak sama sebab masing-masing ada gaya pemikiran tersendiri. So, ada orang setuju dan sebaliknya untuk sesuatu isu tu. Malah, korang juga tak semestinya boleh buat semua orang setuju dengan pendapat korang.
Sebaliknya, dengar dulu pendapat orang lain tu dan jangan terus serang diorang kalau ia bercanggah dengan apa yang korang fikirkan. Silap haribulan, dapat malu je kalau pendapat diorang lebih kukuh…

5. Kebebasan bersuara memang ada, tapi bukan tiada keburukan kelak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan kita hanya mempunyai kebebasan bersuara tapi bukan kebebasan untuk menipu. Tak kiralah dekat media sosial atau kehidupan sebenar, dua-dua sama.
Jangan suka-suka assume orang tu bodoh, tak ada otak, mata duitan, gila talak dan sebagainya. Malah, tak semua apa yang korang nampak dan baca dekat media sosial tu betul. Banyakkan lagi membaca dan buat kajian sejauh mana info tu sah dan betul.
Lagi satu, hati-hati bila berkongsi berita yang tak diketahui kesahihannya. Jangan kelirukan orang lain dengan berita palsu, ditakuti padah buruk menimpa kelak. Sebab bila kita dah share sesuatu perkara tu di media sosial, kejap je ia boleh tersebar. Nak perbaiki kesilapan pun bukan senang!

Sentiasa berhati-hati di media sosial

Macam mana? Banyakkan dah korang belajar harini? Ingat, berhati-hati kalau nak meninggalkan komen, melontarkan pendapat dan sebagainya di media sosial. Sebagai warganet yang berpendidikan, korang kena bertindak sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa memperbaiki satu sama lain.
Berfikirlah secara bijak, fikir orang lain dan kesan di kemudian hari. Kurangkan penyebaran berita palsu dan jangan mudah percaya semuuua yang ada dekat media sosial. Ingat, tak pasti, jangan kongsi okay!
Share:

4 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG