Aug 31, 2020

Aug 30, 2020

Aug 28, 2020

Aug 27, 2020

, ,

Selamat Pagi Khamis

Kehidupan esok lusa kita di dunia ini adalah rahsia sepertimana dirahsiakan hal ehwal keberadaan kita di alam sana. Teruskan melangkah jangan sesekali mengalah.

Assalamualaikum & Selamat Pagi

#anumqudut 
#anumdarters 
Share:
Read More

Aug 26, 2020

Aug 25, 2020

, ,

Pemandu Vios Putih Serah Diri, Dakwa ‘Ikut’ Waze Punca Masuk Lorong Motosikal

Assalamualaikum 
Selamat petang Selasa
Tindakan seorang pemandu kereta yang menggunakan laluan motosikal serta melawan arus di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur menerima pelbagai respon daripada netizen. Menerusi rakaman video GoPro yang diletakkan pada topi keledar penunggang motosikal, dia nyaris dilanggar kereta tersebut sebelum terbabas dan melanggar tembok batu.
Terkini, pemandu kenderaan yang melawang arus memasuki lorong motosikal itu telah tampil menyerah diri di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

Pemandu serah diri

Perkembangan terkini yang dikongsikan melalui pages Info Roadblock JPJ/Polis itu melaporkan pemandu berusia 20-an berkenaan telah serah diri. Perkara ini adalah berikutan amaran yang telah dimuatnaik supaya pemandu berkenaan menyerah diri.

Siasatan dijalankan

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur iaitu Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata pemandu tersebut tampilkan diri sekitar jam 4.00 petang pada hari kejadian. Individu tersebut datang ke balai polis bagi membuat laporan berkenaan insiden tersebut. Bagaimanapun, pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan terhadap lelaki itu bagi mengetahui punca kejadian.

Dikatakan guna Waze

Setelah disiasat, pemandu yang merupakan seorang penguat kuasa itu menggunakan aplikasi navigasi iaitu Waze dikatakan menjadi punca dia memandu di lorong motosikal. Tindakan itu bagaimanapun telah menyebabkan seorang penunggang hilang kawalan lalu terlanggar tembok.
Share:
Read More
, ,

Meleleh Bila Kunyah, Ini Resepi Bebola Keledek Cheese Yang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Assalamualaikum & Selamat Pagi Selasa
Sebut sahaja keju, pasti korang terbayang-bayang rasanya yang lemak dan cair di mulut. Tambahan pula, trend makanan pada masa kini semuanya menggunakan keju sebagai bahan utama untuk menambat hati penggemarnya.
Di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), seorang wanita berkongsi resepi bebola keledek keju yang sedap dan pasti membuat korang terliur.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Keledek 350gm (direbus@kukus & dilenyek siap)
  • 11/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
  • Air (ikut citarasa masing)
  • Serbuk roti
  • Bancuhan tepung gandum+air (untuk lekat pada serbuk roti)
  • Minyak untuk digoreng.
Tips : Sapukan minyak pada tapak tangan untuk dapatkan gulungan bebola cantik dan tidak mlekat pada tangan.

Cara-cara nak buat bebola

Pertama sekali, sapukan minyak di tangan dan ambil keledek yang telah dilenyek untuk dibuat menjadi bebola. Sebelum membuat adunan keledek tersebut berbentuk bebola, korang perlu meletakkan cheese terlebih dahulu.
Setelah selesai, korang boleh celup bebola tersebut dengan bancuhan tepung dan lekatkan ia bersama serbuk roti. Akhir sekali, korang boleh goreng bebola tersebut sehingga keemasan.

Selamat mencuba!

Share:
Read More

Aug 24, 2020

,

5 Etika Ini Boleh Bantu Korang Elak Gaduh & Salah Faham Ketika Berbincang Isu Di Media Sosial

Assalamualaikum selamat petang
Zaman sekarang ni, semua isu senang betul tersebar kalau dimuatnaik dalam media sosial. Lagi-lagi isu panas macam artis, politik, isu semasa dan sebagainya. Bila dah viral, ramailah warganet yang meninggalkan komen dan melontarkan pendapat masing-masing.
Kalau diteliti betul-betul, dalam banyak-banyak komen tu ada terselit komen yang berbaur busuk, jahat dan kadangkala boleh memburukkan imej seseorang. Ini kerana isu viral yang ada di media sosial tak semestinya betul dan datang dari kedua belah pihak.
Justeru, Anum nasihatkan korang kat luar sana supaya sentiasa berhati-hati ketika meninggalkan komen dan pendapat di media sosial. Ikut 5 etika bijak di bawah ni sebelum korang memburukkan lagi keadaan atau mengelirukan netizen lain di media sosial.

1. Fokus topik, jangan sentuh isu sensitif

Bila ada isu berbangkit di media sosial, jangan terus attack personaliti orang tu. Contohnya, panggil diorang bodoh, tak ada otaklah… Lebih teruk, siap ugut suruh mati dan burukkan keluarga diorang. Come onlah, perlu ke?
Sebaliknya, fokuslah topik sebenar isu tu. Jangan sentuh isu lain selain isu utama. Contohnya kalau isu artis bercerai, tak perlulah korang kata dia mata duitanlah, gila jantanlah. Guna logik, sebab dan fakta kalau nak buktikan point tu okay?

2. Make sure ada bukti, sokongan atau rujukan

Bila nak bincang satu isu tu, setidak-tidaknya korang kenalah ada bukti, rujukan atau sokongan bagi membuktikan point korang tu betul. Bukanlah banyak sangat, cukup ada sumber yang dipercayai, link untuk artikel online atau video pun dah cukup.
Dengan bukti, ia bukan boleh menampakkan korang lebih bijak, tapi boleh membantu netizen lain mengesahkan maklumat mengenai isu yang tengah berbangkit tu. Bagus kan?

3. Pastikan bukti korang sah

Cakap pasal sumber ni, bukti yang korang sertakan tu perlulah sah dan dipercayai. Tak bolehlah korang kaut je dari mana-mana portal yang tak diketahui kesahihannya. Kadangkala tu, ada sumber yang claim diorang betul, tapi tak semestinya.
Sebab tu korang kena selalu buat kajian dan baca betul-betul sumber yang korang jumpa. Kalau ia dikeluarkan laman web kerajaan dan media utama, maknanya betullah tu. Kalau masih was-was, korang boleh check dekat portal sebenarnya.my. Semua berita yang ada kat situ sahih!

4. Buka fikiran dan dengar pendapat orang lain

Di media sosial, pendapat semua orang tak sama sebab masing-masing ada gaya pemikiran tersendiri. So, ada orang setuju dan sebaliknya untuk sesuatu isu tu. Malah, korang juga tak semestinya boleh buat semua orang setuju dengan pendapat korang.
Sebaliknya, dengar dulu pendapat orang lain tu dan jangan terus serang diorang kalau ia bercanggah dengan apa yang korang fikirkan. Silap haribulan, dapat malu je kalau pendapat diorang lebih kukuh…

5. Kebebasan bersuara memang ada, tapi bukan tiada keburukan kelak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan kita hanya mempunyai kebebasan bersuara tapi bukan kebebasan untuk menipu. Tak kiralah dekat media sosial atau kehidupan sebenar, dua-dua sama.
Jangan suka-suka assume orang tu bodoh, tak ada otak, mata duitan, gila talak dan sebagainya. Malah, tak semua apa yang korang nampak dan baca dekat media sosial tu betul. Banyakkan lagi membaca dan buat kajian sejauh mana info tu sah dan betul.
Lagi satu, hati-hati bila berkongsi berita yang tak diketahui kesahihannya. Jangan kelirukan orang lain dengan berita palsu, ditakuti padah buruk menimpa kelak. Sebab bila kita dah share sesuatu perkara tu di media sosial, kejap je ia boleh tersebar. Nak perbaiki kesilapan pun bukan senang!

Sentiasa berhati-hati di media sosial

Macam mana? Banyakkan dah korang belajar harini? Ingat, berhati-hati kalau nak meninggalkan komen, melontarkan pendapat dan sebagainya di media sosial. Sebagai warganet yang berpendidikan, korang kena bertindak sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa memperbaiki satu sama lain.
Berfikirlah secara bijak, fikir orang lain dan kesan di kemudian hari. Kurangkan penyebaran berita palsu dan jangan mudah percaya semuuua yang ada dekat media sosial. Ingat, tak pasti, jangan kongsi okay!
Share:
Read More
, ,

Morning Monday

Janganlah pernah menyerah ketika Anda masih mampu berusaha lagi. Tidak ada kata berakhir sampai Anda berhenti mencuba.. 
Assalamualaikum & Selamat Pagi Isnin 

#anumqudut 
#anumdarters 
Share:
Read More

Aug 21, 2020

Aug 19, 2020

,

Tengah Rebus Ketupat Tiba-Tiba Api Menyambar Gara-Gara Paip Gas Tercabut

Assalamualaikum semua
Selamat Petang semua
X sabar nak tunggu waktu balik. maklum la esok kan cuti
mesti ramai antara kawan2 yang amik cuti jumaat ya
Petang ini nak share kisah sedih yang berlaku terhadap keluarga ini

Insiden kebakaran yang berlaku di rumah seringkali dilaporkan berpunca daripada masalah lintar pintas dan kebocoran pada saluran paip gas.
Seperti perkongsian di Facebook, Nadyya Salim menceritakan pengalaman cemas apabila dapur di rumah yang didiami mereka sekeluarga telah terbakar tanpa disedari.

Api terus menyambar

Seumur hidup ni pertama kali jadi dekat kami, jadi kebakaran dalam rumah kami. Allahuakhbar, Tuhan je tahu macam mana perasaan kami tadi, kelam kabut blank semua ada bila tiba-tiba api meletus dan menyambar satu dapur kami. Masa ni tak fikir apa dah, selamatkan kereta dan kucing-kucing je lepas itu pakat lari keluar rumah jerit panggil jiran, call bomba. Semua jadi sat sangat sampai tercungap-cungap kak Nadya lari nak selamatkan apa yang boleh diselamatkan. Ketar tangan.
Kejadian itu jadi masa mak dok rebus ketupat, lepas itu dia masuk bilik nak sembahyang, tiba-tiba kami dengar api dah menyambar. Kuat bunyi. Memang tak boleh buat apa dah sebab main dengan gas ni, silap cara padam lagi sakan dia menyambar kan. Alhamdulillah nasib baik bomba sampai cepat, dia padamkan api tu lepas itu cari punca. Rupanya punca jadi kebakaran ni sebab batang paip gas tu tercabut then terus sambar api.
Allahuakhbar nasib baik masa dia meletup tu mak tinggal pergi sembahyang, kalau tidak kena mak. Ayah pula cerita dia merangkak pergi cuba tutup kepala gas masa kami dok sibuk kat luar call bomba, nasib tak jadi apa-apa dekat depa dua. Padahal dah jerit-jerit suruh semua keluar. Nasib baik masa jadi ni mak tak duduk rumah seorang. Tidak tak tahu la dia nak buat apa sebab kami sendiri pun gelabah sangat.

Alhamdulillah, semua selamat

Apapun semua yang jadi ni kami terima dengan hati yang redha. Allah nak uji kami sekeluarga. Yang penting tak ada sapa-sapa tercedera. Jiran-jiran pakat mai tolong, saudara mara dan kawan-kawan baik pakat mai bagi sokongan. team pun banyak mesej bagi kata semangat. Terima kasih banyak-banyak semua. Semoga Allah balas kebaikan hampa semua yang bagi semangat pada kami. Kak Nadya minta maaf terpaksa cancel live malam ni. Kak Nadya sendiri dalam keadaan cuak dan nak tenangkan diri dulu. Nak kemas balik rumah yang macam tongkang pecah dah ni.
Cuma tadi abang bomba tu ada pesan, paip gas tu terkeluar sebab bila kita masak ada minyak yang terbentuk dalam paip tu, dia punca paip tu tertanggal sendiri. Banyak kes dah so sebaik-baiknya 2 bulan sekali kena check paip gas kat dapur tu still ok or longgar. Bahaya, nasib kami baik sebab paip tu hanya sticks pada satu tempat, kalau setengah dapur tak ada tempat penampan batang paip tu, dia boleh terbang merata and kebakaran lagi cepat marak ke tempat lain. Apapun syukur alhamdulillah keluarga kami selamat.
Sumber: Nadyya Salim

Share:
Read More
,

Rogol Anak Kandung Usia 10 Tahun, Bapa Dihukum Penjara 36 Tahun Beserta 30 Sebatan

Hakim Mahkamah Sesyen Besut, Wan Azimah Yaakob telah menjatuhkan hukuman penjara selama 36 tahun beserta 30 sebatan terhadap seorang peniaga atas kesalahan merogol anak kandung yang berusia 10 tahun pada tiga tahun lalu.

Tiga pertuduhan rogol

Memetik laporan Awani, suspek yang berusia 51 tahun itu disabitkan atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Mengikut pertuduhan pertama, suspek melakukan perkara jijik tersebut di sebuah rumah di Chalok , Setiu pada pertengahan Januari 2017 sekitar jam 1 pagi.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua dan ketiga suspek didakwa mengulangi perkara sama di lokasi yang sama pada akhir Januari dan April 2018 sekitar jam 11 malam dan 10 malam.

Mahkamah jatuh hukuman

Walaubagaimanapun mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua selama 18 tahun beserta 18 sebatan dan mengarahkan hukuman dijalankan secara berasingan.
Bagi pertuduhan ketiga, suspek dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun beserta 10 sebatan dan hukuman dijalankan serentak bersama pertuduhan pertama dan kedua. Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan hukuman bagi pihak pembelaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Sumber : Astro Awani

Share:
Read More

Aug 18, 2020

,

‘Setelah 26 tahun Menanti, Akhirnya Allah Ambil Terus Papa & Gantikan Saya’

Assalamualaikum semua
selamat petang selasa
Tidak sempat melihat anak membesar, seorang bapa meninggal dunia ketika isteri masih berada di dalam pantang. Berkongsi kisah duka di laman Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official, wanita yang dikenali sebagai Suri Hati memohon orang ramai mendoakan semoga dia tetap kuat.

Proses kelahiran mudah

Assalammualaikum semua ahli KIMM.. Pertama kali bersiaran di sini. Saya berumur 44 tahun dan menantu saya berumur 24 tahun. Kami telah sama-sama selamat melahirkan baby girl dengan izin Allah. Anak saya Puteri Delisha lahir pada 27 June 2020 dan cucu saya lahir pada 15 April 2020. Alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahiran ank kami dengan mudah secara normal.. Kami doakan semoga ibu-ibu KIMM yang ada disini dipermudahkn juga urusan bersalin nnti.. Aamiin
Siapa sangka kegembiraan si ibu berkongsi kebahagiaan bertukar duka apabila dia memuat naik berita mengenai pemergian suami beberapa hari kemudian. Difahamkan pasangan ini sudah 26 tahun menunggu kehadiran anak perempuan.

26 tahun menanti

Assalamualaikum. Saya Puteri Delisha Binti Roslan. Doakan mak saya kuat untuk membesarkan saya yang baru kehilangan papa di usia saya sebulan dalam pantang. Terima kasih kepada warga KIMM yang telah mengucapkan tahniah dan takziah di atas post mak saya di group ni hari tu. Allah hadiahkan seorang anak perempuan buat mak dan papa saya setelah 26 tahun mereka menanti tapi akhirnya Allah ambil terus papa saya dan gantikan saya untuk menemani kesedihan mak. Semoga perancangan Allah ini ada hikmahnya.. Aamiin.
Ibu ini turut memohon agar diberi kekuatan membesarkan zuriat yang baru kehilangan bapanya. Setelah 26 tahun menanti akhirnya doa dimakbulkan namun arwah suami telah dijemput pergi.
Share:
Read More
, , ,

Troll Ragam Pengguna MRT Pakai Mask, Shera Curi Tumpuan, Sampai Ada Cuba Nasib!

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi Selasa
Dalam usaha membendung penularan wabak pandemik, orang ramai diminta mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka (mask), membasuh tangan dengan kerap dan penjarakan sosial. Malah, bermula pada 1 Ogos lalu, kerajaan telah mewajibkan orang ramai memakai mask apabila berada di tempat awam.
Namun, ragam penumpang yang pelbagai telah membuatkan Rapid KL memuat naik contoh-contoh pemakaian mask yang tidak tepat. Pakai atas kepala pun ada!

Jangan jadi seperti Shera

Apa yang menarik perhatian adalah komen-komen lucu yang ditinggalkan netizen di ruangan komen. Pesanan ‘jangan jadi seperti Shera’ tidak diendahkan, sebaliknya mereka cuba ‘nasib’ pula!

‘Bergetar tulang keting’

Sumber : Rapid KL
Share:
Read More

NUFFNANG