Jul 8, 2020

,

‘Saya Ganti Semula Duit Pelajar Yang Terbakar’- Ustaz Ebit Bantu Kes Kebakaran Di Pahang

Beberapa hari yang lalu, bangunan Sekolah Agama Al Falah, Batu Talam, Pahang dilaporkan terbakar. Kejadian yang berlaku awal pagi itu telah menyebabkan dua bilik asrama lelaki, bilik simpanan dokumen, stor dan tandas musnah dijilat api. Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Sayu lihat bangunan asrama terbakar

Sebak pagi ini ziarah sma al falah Raub yang terbakar beberapa hari lepas. Sayu lihat bangunan asrama terbakar. Syukur semua selamat. Ada beberapa dorm semua baju dan duit yuran dan duit belanja pelajar semua terbakar. Saya tanya guru berapa duit pelajar yang terbakar. Saya gantikan duit tu. Ada yang rm500 sehingga ada rm30 duit belanja. Saya beri setakat rekod mereka tadi.
Saya hadiahkan sedikit duit pada security guard yang cepat sedar kebakaran berlaku dan cepat mengarahkan pelajar keluar bersama warden. Tanda terima kaseh padanya walau tak dapat bayar jasa mereka. Saya hadiahkan 20 kipas dan 6 portable aircond untuk dewan makan yang dijadikan asrama mereka.
Di Facebook, Ustaz Ebit berpeluang melawat tempat kejadian kebakaran itu. Menurutnya, kesemua baju, duit yuran serta duit belanja pelajar terbakar. Sedih akan berita tersebut, Ustaz Ebit menggantikan semula duit pelajar yang terbakar serta memberi hadiah berupa wang kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Di samping itu, beliau juga turut menyumbang beberapa kelengkapan untuk dewan makan asrama tersebut.

Terima kasih semua

Terima kaseh Ustaz Tuan Pengetua dan seluruh tenaga kerja di Raub yang sedang bertungkus lumus menguruskan tempat kejadian dan menyiapkan asrama sementara didewan makan untuk penginapan pelajar. Sebahagian pelajar diarahkan balik sementara. Pihak Bomba cepat sampai mengawal api marak. Terima kaseh Pihak Bomba. Pihak Polis. Terima kaseh Yb. Terima kaseh semua Jkr. Jkm. Atm. Jpam. Majlis Perbandaran.
Semua ada beberapa hari membantu. Terima kaseh ramai pihak disana telah membantu dan menguruskan keadaan disana. Paling awal sampai Tuanku Pemangku Raja Pahang. Subhanallah. Kagum dan terharu dengar Tuanku sentiasa berjiwa rakyat. Semoga Allah berkati dan rahmati Negeri Pahang.
Ujar Ustaz Ebit lagi, dia berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menguruskan tempat kejadian dan menyediakan semula tempat sementara buat para pelajar untuk menginap. Ucapan terharu terhadap Tuanku Pemangku Raja Pahang turut diluahkan.
Sumber: Ustaz Ebit Lew
The following two tabs change content below.
Share:

0 Comments:

Post a Comment

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

NUFFNANG