Jul 14, 2020

, , , , ,

Elak Sejarah Berulang, Ini Kisah Spanish Flu Wabak Maut Ragut 50 Juta Nyawa

Di Facebook, Public Health Malaysia mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah leka dan terus mengamalkan amalan pencegahan penularan wabak Covid-19. Ini kerana dibimbangi akan berlaku gelombang kedua kerana negara belum berjaya pulih sepenuhnya.
Malah, kira-kira 100 tahun yang lalu, dunia pernah dikejutkan dengan wabak pandemik Spanish Flu yang berlaku sekitar 1918 hingga 1919. Wabak berbahaya ini telah merebak kepada 500 juta orang iaitu satu pertiga daripada jumlah populasi dunia dalam masa 18 bulan.

Sejarah berulang

Beberapa gambar dari pandemik terakhir lebih dari 100 tahun yang lalu iaitu Spanish Flu 1918-1920. Nampaknya sejarah berulang. Kita belum berjaya sepenuhnya. Patuhi SOP dan saranan yang telah ditetapkan.
#KitaJagaKita #KitaMestiMenang
Sama seperti Covid-19, virus akan menyerang organ pernafasan dan menggunakan tindak balas imunisasi badan untuk merosakkan organ penting yang lain. Organ tubuh yang telah rosak akan dijangkiti virus dengan lebih mudah sehingga menyebabkan kematian. Dianggarkan sekurang-kurangnya 50 juta orang telah terkorban akibat virus Spanish flu tersebut.
Sumber melaporkan pesakit Spanish Flu akan mengalami gejala seperti sakit kepala, keletihan dan batuk kering. Pada hari kedua, pesakit akan mula hilang selera makan, bermasalah di bahagian perut sehingga mengeluarkan peluh berlebihan.

Bunuh 25 juta orang dalam masa 6 bulan

Memetik laporan portal Healthline, wabak paling menggerunkan ini telah tersebar dengan sangat cepat dan membunuh 25 juta orang dalam masa enam bulan sahaja.
Gelombang kedua yang berlaku pada Oktober sehingga Disember 1918 mencatatkan kematian yang lebih tinggi berbanding gelombang pertama. Manakala, gelombang ketiga pada musim bunga tahun 1919 membunuh jumlah kurang sedikit daripada gelombang kedua.
Saintis percaya peningkatan jumlah kematian gelombang kedua disebabkan oleh keadaan yang memaksa virus tersebar dengan lebih meluas. Orang yang tidak bergejala hanya kuarantin diri di rumah, sementara pesakit yang bergejala berkumpul beramai-ramai di hospital dan pusat kuarantin.

Serang golongan muda yang sihat

Centre of Disease Control and Prevention melaporkan, penyakit ini disebabkan oleh virus H1N1 dengan gen yang berasal daripada burung. Penyakit ini dikenal pasti tersebar daripada anggota tentera di Amerika Syarikat pada musim bunga 1918.
Wabak pandemik ini telah menyebabkan kematian golongan berisiko seperti kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun dan warga emas berumur 65 tahun ke atas.
Paling menghairankan, golongan muda yang sihat tubuh badan mencatatkan kematian paling tinggi. Ciri-ciri dahsyat ini menyebabkan Spanish Flu sukar difahami walaupun beberapa kajian telah dibuat.

35 ribu kematian di Tanah Melayu

Memetik laporan Iluminasi, Spanish Flu bermula di Tanah Melayu pada Oktober 1918 dan mengorbankan hampir 35ribu nyawa. Pada waktu itu, sekolah, ladang dan jalan raya terpaksa ditutup sementara. Penularan wabak berlaku secara drastik iaitu lebih kurang dua bulan sahaja.
Tiada sebarang vaksin atau antibiotik ditemui untuk melindungi diri daripada wabak ini. Penduduk dunia berusaha mengawal penyebaran wabak dengan kuarantin diri di rumah, membasuh tangan dengan kerap, memakai pelitup muka, elak berkumpul di tempat awam dan memakai cecair nyahkuman.

Foto



Share:

10 comments:

  1. Dulu tengok2 sejarah wabak lama, tak pikir apa pun. sekarang bila tengok, boleh relatekan dengan Covid 19 ni. Pastu pikir dunia dah kurang penduduk sebab ramai yang mati. Pikir sampai bila kes2 luar Malaysia ni nak slow down.. Takut sangat kan.

    ReplyDelete
  2. Masa tu masih guna bomoh utk rawat penyakit.

    ReplyDelete
  3. Seram tengok gambar2 tu, semoga kita yang lebih modern ni dapat betul2 jaga SOP

    ReplyDelete
  4. Seolah-olah sejarah lama berulang kembali tapi dengan pandemik penyakit yang berbeza. Jauhkanlah sebarang penyakit dari kita semua.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. menakutkan lah semua virus2 ni. semoga kita semua dilindungi insyaallah

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

NUFFNANG