Jul 15, 2020

, , , ,

Cara Hilangkan Bau Mulut & Tandas Selepas Makan Petai, Tak Sampai Seminit Pun!

Umum mengetahui petai mempunyai banyak khasiat tersendiri dan sangat baik buat mereka yang ingin kekal awet muda. Namun, memang tidak dapat dinafikan petai mampu membuatkan mulut seseorang berbau busuk. Meskipun, sudah memberus gigi dua hingga tiga kali, baunya pasti susah untuk hilang. Betul tak?
Di Facebook, Bee Keng berkongsi cara untuk hilangkan bau mulut secepat seminit. Menurutnya, cara tersebut diajar oleh ibunya sendiri sewaktu dia masih kecil. Buat korang yang suka makan petai mentah, petai jeruk, petai goreng sambal atau semuanya, jom cuba cara ini!

Memang ajaib betul

Cara segera : potong sepotong terung mentah sebesar Satu dua cm dan kunyah selama seminit, dan selepas kunyah boleh ditelan atau diludahkan. Kalau korang nak tahu, info mengatakan terung mentah mengadungi solanine boleh menyebabkan keracunan dan kembung perut. Saya biasanya telan sebab rasa terung mentah sangat manis dan sedap, sepotong kecil tak memudaratkan pun.
Yang suka makan ulam tu boleh makan sekali dengan terung rebus, berkesan juga dan tinggalkan sedikit pada akhir juadah untuk dikuyah sebagai penghilang bau, dikunyah seperti makan “chew gum” sekurang-kurangnya wajib seminit la. Orang Cina suka goreng sambal petai dengan terung untuk mengurangkan bau busuk petai dan mulut.
Semasa saya baru kahwin saya ajar suami saya dia tak percaya pun tetapi selepas mencuba dia cakap Ajaib betul!

Belum cuba belum tahu

Satu lagi cara nak hilangkan tandas busuk disebabkan petai, letakkan sebiji terung yang dimakan ulat atau yang dah tak mahu. Korang nak potong pun boleh, tak mahu pun tak apa. Korang boleh juga guna kulit terung dan letak atas lantai tandas, ia sangat berkesan mengurangkan bau busuk disebabkan makan petai. Dengar macam tak boleh dipercayaikan? Tapi kesannya sangat Ajaib! Belum cuba belum tahu!
Share:

6 comments:

  1. Boleh cuba nanti..Akak suka makan petai. tapi lepas buang air jenuh flush sampai 3, 4kali. siap curah pewangi . takut satu rumah huru hara bau petai. hahah

    ReplyDelete
  2. Dekarang ni banyak boleh jumpa petai...!!

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try. Kami dah lama xmasak lauk petai

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

NUFFNANG