Jul 14, 2020

, , ,

‘Anak Hero Kita’ – Dilantik Jadi Felo Perdana 2020, Anak Lelaki Dr Noor Hisham Raih Perhatian

Program Felo Perdana merupakan program internship atau pembantu sementara kepada menteri-menteri kabinet Malaysia. Program ini bagi mendedahkan belia Malaysia dalam urus tadbir negara selain mendekatkan jurang antara orang muda dan kerajaan.
Terbaru, menerusi perkongsian Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul ada memaklumkan seramai 3 orang siswazah telah dipilih untuk menyertai Felo Perdana bagi tahun 2020.

Belia tunjang pembangunan negara

Dalam perkongsian tersebut, beliau turut memuatnaik fotonya bersama ketiga-tiga orang pelajar cemerlang yang terpilih. Tengku Zafrul juga memberitahu bahawa anak muda merupakan aset utama kepimpinan yang akan menerajui negara serta membimbing generasi akan datang.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah wajah salah seorang ahli Felo Perdana 2020 yang seakan-akan ‘dikenali’ ramai itu.

Anak lelaki Dr Noor Hisham

Ahli Felo Perdana 2020  yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Khair Noor Hisham yang juga merupakan anak lelaki kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Datuk Dr Noor Hisham. Khair merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Ekonomi Bisnes di Universiti Sheffield Hallam.
Sepanjang bergelar pelajar, pelbagai anugerah akademik yang telah diraih antaranya ialah memenangi dalam Sheffield Business School International Dragon’s Den Competition pada tahun 2019. Selain itu, beliau juga pernah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik iaitu menjadi ketua kepimpinan majlis perwakilan pelajar di UiTM Pahang pada tahun 2018. Bukan itu sahaja, beliau bergiat aktif sepanjang bergelar siswazah dan pada tahun 2018, beliau pernah menjadi pengarah bagi Program Kepimpinan dan Hubungan Budaya iaitu program bersama antarabangsa. Melihat daripada kesemua pencapaian yang diperoleh, sememangnya anak lelaki Dr Noor Hisham ini sangat layak dipilih sebagai Felo Perdana 2020.

‘Anak hero kita’

Sumber: Tengku Zafrul

The following two tabs change content below.
Share:

2 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

NUFFNANG