Jun 26, 2020

, , , ,

Renungan Jumaat : Rezeki Yang Berkah Adalah Pilihan



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Hikmah Al-Quran: Rezeki berbeza uji keimanan | Rencana | Berita Harian
Rezeki Yang Berkah Adalah Pilihan….

Kalau kita yakin setiap makhluk yang diciptakan Allah SWT ada cara hidupnya yang tersendiri, maka kita kena percaya Allah SWT dan sedia pelbagai rezeki untuk manusia, tinggal lagi macamana kita nak ambil rezeki itu dengan cara yang benar. ‘Some people’ lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki. Lebih suka cara cepat.
Cara Islam, formula cari rezeki ada 2 langkah :-

Islam sangat menekankan kita cari rezeki menggunakan semua potensi dan kekuatan yang kita ada dengan syarat ada dua perkara yang perlu di pertimbangkan.

Yang pertama, rezeki yang kita nak cari itu adalah rezeki yang baik. Maksudnya rezeki itu jelas bersih.

Yang kedua, dalam mencari rezeki, proses tu juga mesti dengan cara yang baik juga. Jangan zalim dalam mencari rezeki, jangan ada unsur riba, penipuan, judi, rasuah dan maksiat.

Bak kata ustaz, bila keluar bekerja, sebenarnya kita mahu berurusan dengan pemilik rezeki, iaitu Allah swt. Jadi, adab berurusan dengan Allah swt mesti ada – niat yang betul, pakaian mesti menutup aurat, cara bekerja kena betul. Kerana setiap rezeki yang kita dapat akan menjadi darah daging. Setiap yang masuk ke dalam badan akan pengaruh baik secara fizikal, emosi, psikologi, mahupun spiritual. 

Jangan pelik kalau semakin banyak dapat, semakin tak cukup. Semakin banyak dapat, semakin banyak yang keluar. Asal dapat, habis. Asal dapat, habis.

Tak nampak ke mana perginya, tau-tau je tak cukup. Itulah cara Allah SWT nak tunjuk kat kita bahawa ketenangan hati dan kebahagian tu tak dapat dibeli. Allah SWT boleh bagi kita selambak duit, harta, jawatan, kemasyuran, tapi kalau Allah SWT tak bagi tenang, kita hanya akan dapat penat.

Ada perkara yang jauh lebih penting dari bekerja, yang kita terlepas pandang (atau maybe tak pernah terfikir pun), iaitu, rezeki yang halal akan menghadirkan ketenangan jiwa. 
Hidup jadi lebih terarah bila hati tenang. 

Pintu-pintu keberkatan akan terbuka luas.

Selain itu, rezeki yang halal adalah syarat diterima Allah SWT setiap doa.
Jangan ambil mudah proses mencari rezeki.

Rasullullah SAW bersabda,”Wahai manusia, bertaqwalah kepada Allah SWT dan berbuatlah baik dalam mencari harta kerana sesungguhnya jiwa manusia tidak akan puas atau mati hingga terpenuhi rezekinya walaupun dia mampu mengekangnya, maka bertaqwalah kepada Allah SWT dan berbuat baiklah dalam mencari harta, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram”. (HR Ibnu Majjah)

Berat tak beratnya urusan mencari rezeki ni sampai dua kali Rasullulah SAW sebut dalam satu hadis – “berbuat baiklah dalam mencari harta”.

Proses mencari rezeki mesti dengan cara yang baik.  Islam tak pernah melarang kita untuk menjadi kaya, cuma jangan zalim pada diri sendiri.

Penat kita bekerja dari pagi sampai ke petang, rupanya kita sedang menzalimi diri sendiri sebab hanya dapat penat, tanpa barokah. Sesungguhnya rezeki yang barokah itu adalah pilihan. 
Kita yang pilih nak atau tak nak.

Wallahualam 

Tulisan : dianaishak.com
Share:

4 comments:

  1. Terima kasih dear atas ingatan :)

    ReplyDelete
  2. Bagi akak setiap apa yang Allah bagi kat kita adalah rezeki. Itu lah yang terbaik untuk kita walaupun benda tu kita fikir kita tak perlukan. Tapi Bila Allah dah bagi maknanya itu lah yang sebenarnya kita perlukan.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

NUFFNANG