Jun 11, 2020

, , , ,

Aplikasi MySejahtera

Ramai sudah bertanya sama ada maklumat peribadi mereka yang dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera selamat?

Jawapan kami YA!

Aplikasi MySejahtera dibangunkan  menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan hanya digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. 

Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.
Share:

2 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

NUFFNANG