Mar 17, 2020

Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese, Gebu & Menyelerakan

Assalamualaikum semua
Selamat petang
Anum nak share resepi putri ayu 



Buat pembaca ANUM! Kali ini Anum akan berkongsi satu resepi kuih tradisional yang rasanya sudah dimodenkan iaitu puteri ayu. Jika sebelum ini puteri ayu disediakan tanpa topping malah dimakan dengan kelapa parut sahaja. Kini, sebahagian doh kuih tersebut menggunakan adunan cheese dan coklat sebagai kelainan buat korang yang meminati kuih tradisonal itu.

Bahan-bahan yang diperlukan

Resepi adunan cheese
250 gm cream cheese
20 gm tepung gandum
80 gm gula kastor
25 ml susu cair
1 biji telur ayam

Putar dulu cream cheese dengan gula, telur, susu cair pastu masuk tepung pukul sampai sebati dan licin tiada ketulan. Pastu boleh letak dalam acuan, kukus 2 minit. Sebelum tu, sapu acuan dengan minyak sikit ye.
Resepi coklat
1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
10 sudu besar gula(yg ni dah nice bagi Izu kalu korang nk manis lagi, boleh tambah jd 12 sudu)
3 biji telur ayam Gred A

Masuk saja semua bahan dalam blender dan blend sebati lebih kurang 5 minit ya

Cara-cara penyediaan

Ayak bahan ni sekali:
1 1/4 cawan tepung gandum(nak guna tepung kek boleh tp takyah letak soda n baking dah)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam halus

Lepas tu masukkan adunan yang blend tadi dalam bekas besar, masukkn tepung sikit demi sikit, kaup balik sampai sebati. Tapis adunan untuk elak ade yang berketul. Biarkan kejap. Lepastu boleh tuang atas cheese yang dah kukus tadi. Kukus balik dalam 7 minit/sehingga masak. Guna api sederhana ya. Selamat mencuba!
The following two tabs change content below.
Share:

13 comments:

  1. waalaikumussalam. cantik hasil kejadian nya ^_^

    ReplyDelete
  2. resepi lama yang telah diinovasi, selalu makan puteri ayu kaler hijau dengan kelapa tu..kali ni dengan choc n cheese pulak..mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  3. POKERVVIP SITUS POKER TERPERCAYA
    Pengen Game yang lebih seru .. Ayo klik Join Pokervvip Buktikan sendiri Serunya ..
    Real Play = Real Money >> Promo pokervvip bonus cashback 0,5% minimal deposit 10 ribu
    bisa deposit via pulsa tanpa potongan ya...

    Domino qq
    Bandar Poker
    situs judi poker online terpercaya
    agen poker Online
    bandar poker terpercaya
    Cerita Dewasa
    Virus Corona
    Agen Poker Terpercaya
    daftar poker online
    daftar dominoqq
    perang baccarat

    REFERAL
    CASHBANK
    WHATSAPP
    LINE
    livechat

    ReplyDelete
  4. menarik tu kuih puteri ayu coklat dan cheese. Confirm sedap. Ada masa dan bahan ni boleh cuba buat.

    ReplyDelete
  5. bahaya tau resepi ni sis.. hahahahah~ tak sedar dah habis berbijik bijik ni..

    ReplyDelete
  6. buat sendiri boleh makan banyak2 hehe..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

NUFFNANG