Feb 19, 2020

, ,

‘Terima Kasih Bunga Kerana Telah Mencintai Anak Saya’ – Bapa Ashraf Sinclair


Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Kita semua digemparkan dengan pemergian arwah Ashraf..
Al Fatihah buat keluarga 
pagi ini nak share coretan seorang bapa
Kelihatan bapa kepada Allahyarham Ashraf Daniel Sinclair iaitu Mohammad Anthony John Sinclair turut hadir ke pusara anaknya. Jenazah telah selamat dikebumikan di San Diego Hill, Karawang selepas Asar petang tadi.
Kehadiran ibu dan ayah kepada arwah di pusara turut undang sebak dan seakan tidak percaya dengan berita pemergian anak lelaki merek itu.

Terima kasih, Bunga

Memetik laporan Tribun News, Mohammad Anthony John berterima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memberi penghormatan terakhir buat anaknya itu. Dia turut memberi ucapan penghargaan kepada menantunya iaitu Bunga Citra Lestari kerana telah membahagiakan anaknya dan sama-sama melayari kehidupan berumahtangga sehingga ke hari terakhir arwah bernafas.
Terima kasih kepada semua yang memberi penghormatan terakhir kepada arwah di sini. Terima kasih Indonesia kerana mencintai anak saya. Terima kasih Bunga sudah mencintai putra saya.

Membawa bingkai gambar anak

the part when ashraf's dad said "bunga.... thank you for loving our son, and taking care of him alot. you are so amazing" terus noah nangis kenceng dan meluk kakeknya, ak ga kuat :'))))
41.3K people are talking about this
Suasana sayu menyelubungi tanah perkuburan San Diego Hill ketika jenazah disemadikan dihadapan keluarga, rakan artis, sahabat dan peminat.
Lebih memilukan lagi apabila kelihatan ayah kepada arwah membawa bingkai gambar arwah Ashraf ke upacara pengebumian itu.

Sumber: Tribun News 

The following two tabs change content below.
Share:

8 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG