Feb 3, 2020

,

Luah Rasa Syukur Di IG, Amar Baharin Umum Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum & Selamat Petang
Tanggal 1 Februari merupakan tarikh paling bermakna buat pelakon Amar Baharin kerana isterinya Amyra Rosli selamat melahirkan anak kedua mereka. Berita gembira tersebut diumumkan Amar menerusi akaun Instagram miliknya. Tahniah!

Selamat melahirkan anak perempuan

Menurut Amar, dia sangat gembira dan bersyukur kerana menerima ahli baru dalam keluarga. Tambahnya, isteri dan anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat. Ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan isterinya ketika hendak bersalin turut diucap olehnya melalui posting tersbut.

Alhamdulillah dan tahniah!

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan para peminat mengucapkan tahniah dan berkongsi rasa gembira tersebut. Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata berusia 3 tahun iaitu Aqeef Anaqi.
Sumber: Amar Baharin
Share:

12 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG