Feb 18, 2020

, , ,

Hanya Guna Tangki Air Terpakai, Lihat Bagaimana Atuk Hasilkan Kolam Renang Untuk Cucu, Comelnya!


Assalamualaikum semua
Pagi selasa ini, Anum nak share kisah seorang atok
Hanya menggunakan barang terpakai, sebuah kolam mandi yang cantik dan menyeronokkan dapat dihasilkan. Bermodalkan RM400, idea kreatif lelaki ini mendapat pujian ramai. Macam tak percaya tangki air biasa boleh transform jadi kolam renang macam ni! Siap ada pelampung lagi.

Modal RM400

Tangki air orang buang
Orang buang Atok bawa balik. Keluar modal RM 400. Dapat satu kolam untuk cucu-cucu mandi. Buat kat belakang rumah malu nanti orang tengok tangki air buruk buat kolam.
Siapa sangka, dari sebuah tangki air buruk yang dibuang orang, lelaki ini mampu membina kolam renang tanpa menggunakan modal yang besar. Yang penting, penat lelah akan terbayar apabila melihat keseronokan cucu-cucu nanti.

Proses pembinaan

Tempat yang hendak di buat kolam
Meratakan tanah
Kawasan lapang di belakang rumah dibersihkan dan tanah diratakan sebagai tapak. Selepas itu, tangki diletakkan dan proses pembinaan lain seperti dinding pun dijalankan.

Letak tangki

Dah letak tangki
Buat ladybird untuk kolam
Untuk hiasan pula, lelaki ini DIY sendiri kumbang menggunakan span merah dan putih. Comel sungguh! Selain itu, dia menambah hiasan daun dan background berwarna biru untuk kelihatan ceria.

Dah siap

Dah siap
Ladybird besar dijadikan pelampung
Atok pun nak merasa mandi
Seronok cucu-cucu mandi
Lihatlah hasilnya, memang puas hati! Bukan main seronok lagi cucu-cucu mandi ye?
Sumber : Kelab Kaki Deko
Anumkhairil
Share:

10 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG