Jan 8, 2020

,

Terlebih Beli Barang Ketika Sale Sampai Tak Pakai? ‘Sell’ Di Mudah.my, Dapat Semula Duit

Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Siapa terjebak dengan sale 12.12, 11.11 dan macam-macam lagi jualan hebat sempena tarikh istimewa baru-baru ni? Baik mengaku! Admin tengok sampai sesak gudang kurier dengan barang yang korang beli, customer pulak tak habis-habis mengadu kat media sosial barang lambat sampai…
Apalah yang korang beli sampai berbundle-bundle bungkusan sampai kat rumah dan officekorang. Murah sangat ke? Sampai ada yang beli 4-5 barang sama. Bila nak pakai banyak-banyak tu? Kalau agak-agak ada yang tak pakai, apa kata korang jual balik kat Mudah.my?

Manfaat untuk penjual dan pembeli

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ni Mudah.my melancarkan kempen ‘Kena Sales? Kena Sell!’ bagi membantu rakyat Malaysia menjual balik barang terpakai tapi masih elok di platform online yang mudah. Jual apa saja, bila-bila masa dan di mana saja di Mudah.my.
Dilancarkan bersempena musim perayaan akan datang, kempen Kena Sales? Kena Sell! ini turut mahu membantu rakyat Malaysia menyediakan ruang untuk pembersihan hujung tahun dan barang-barang baru yang bakal dibeli pada tahun 2020.
Malah, kempen Kena Sales? Kena Sell! oleh Mudah.my ini memberi manfaat untuk penjual dan pembeli tau…
  • Bagi yang menjual barang di Mudah.my, korang akan dapat balik duit yang sudah dibelanjakan ketika jualan besar-besaran tempoh hari.
  • Bagi pembeli di Mudah.my pulak, korang dapat tambah barang baru di rumah. Walaupun terpakai, ia masih berfungsi dengan baik!

Bersempena kempen Kena Sale? Kena Sell! ini, syarikat pemasaran dalam talian itu turut menyuntik mesej ke dalam hati rakyat Malaysia melalui penghasilan video unik yang menggabungkan unsur cerita rakyat Malaysia klasik. Memaparkan kisah seram dan mitos kegemaran rakyat Malaysia, kempen ini menampilkan makhluk mitos tempatan untuk menyampaikan mesej mereka.

Penghasilan video dan pelancaran kempen Kena Sales? Kena Sell! ini turut diwujudkan berikutan kejayaan kempen Memang Mudah di platform media sosial Ogos lalu. Siri video memaparkan barangan terpakai yang mampu bercakap dan berkongsi nilai mereka itu meraih 21 juta tontonan, wow!

Kosongkan ruang di rumah, jual barangan terpakai di Mudah.my

Tunggu apa lagi? Kalau korang dapati ruang di rumah penuh dengan barang yang baru dibeli tapi tak dipakai, jual je barang-barang tu hari ini di Mudah.my. Kosongkan ruang di rumah dengan bijak dan cekap. Download aplikasi Mudah.my di Google Play atau App Store hari ini.
Untuk maklumat lanjut tentang cara menjual barangan terpakai di Mudah.my, layari www.mudah.my atau laman Facebook Mudah.my.
Anumkhairil
Share:

3 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG