Jan 31, 2020

, , , ,

Renungan Jumaat : Kerana Enggan Buang Seketul Batu .. Tangan Anda Putus.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

KERANA ENGGAN BUANG SEKETUL BATU TANGAN ANDA PUTUS.
Image result for Kerana Enggan Buang Seketul Batu .. Tangan Anda Putus.
Gambar hiasan hasil carian Google.

Pada suatu hari, anda terjumpa seketul batu di atas jalan.  Batu itu agak besar sehingga boleh membahayakan penunggang motorsikal. Pada masa itu,  anda ada masa dan keupayaan untuk mengalihkannya ke tepi jalan,  namun anda enggan berbuat demikian.

Tidak lama lepas itu seorang penunggang motosikal melanggar batu tersebut hingga dia terjatuh ke atas jalan dan di langgar oleh kereta dari arah belakang. Akibatnya dia cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Si mati tidak punya pekerjaan tetap, hanya bekerja kampung. Isterinya pula seorang suri rumah sepenuh masa menguruskan anak mereka seramai 7 orang.  Anak yang sulung berada dalam tingkatan 5. Oleh kerana kesempitan hidup,  dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara ibu dan adik-adiknya.

Disebabkan gajinya tidak cukup untuk membeli keperluan harian,  dia telah mencuri duit kutipan kedai.  Akibatnya dia telah diberhentikan. Buntu kerana tiada cara untuk dapatkan wang, dia beranikan diri untuk merompak.  Rumah anda adalah rumah pertama yang dirompaknya.  Anda cedera parah di tangan kanan akibat ditetak dengan parang kerana anda cuba menghalangnya.  Akhirnya tangan anda tak dapat diselamatkan dan terpaksa di potong.

Tangan itulah yang tidak digunakan untuk mengalihkan batu yang dilanggar oleh bapa budak ini hari itu. 

Sungguh mendalam...sedangkan boleh ubah pada awalnya supaya tidak menjadi parah....kesimpulannya, benda yang baik, buat terus..agar semua sejahtera
Jangan bertangguh utk buat kebaikan dan kebajikan .
Setiap sesuatu kejadian ada sangkut-pautnya renung-renungkanlah.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Tidak ada yang dijadikan sia-sia.

Share:

12 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG