Jan 13, 2020

,

Influenza A Mula Menular Di Sekolah, KPM Minta Nasihat KKM

Assalamualaikum semua
Selamat petang Isnin
Semua sedia maklum sekarang Influenza A sedang menular di negara kita
Wabak influenza A kini semakin merebak di semua institusi pendidikan khususnya di sekolah. Menerusi laporan Guru Pelajar Sekolah (GPS BESTARI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti perkembangan terkini wabak tersebut dan mendapati beberapa sekolah sudah ditutup ekoran wabak itu.

Disahkan positif Influenza A

Sekadar gambar hiasan
Menurut satu kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia, mereka sudahpun menerima laporan penutupan beberapa sekolah di Pulau Pinang, Selangor dan beberapa buah negeri lain apabila ada dalam kalangan muridnya disahkan positif influenza A.
Pada masa yang sama, pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melakukan pemantauan berterusan di sekolah-sekolah yang terlibat.
KPM juga telah mengingatkan pihak sekolah supaya mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) Pengawalan Penularan Wabak Influenza A yang dikeluarkan oleh KPM. Operasi penutupan sekolah hanya akan dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak KKM.
Pihak sekolah diingatkan juga untuk memantau murid atau warga sekolah yang dijangkiti wabak ini dan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan, mangsa perlu diasingkan, berhubung dengan ibu bapa untuk dihantar pulang bagi mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital.
Pengetua dan Guru Besar hendaklah sentiasa mewujudkan kesedaran akan penyakit ini kepada semua warga sekolah dengan mengamalkan amalan kebersihan diri yang sempurna.

Peka terhadap kesihatan anak

Sekadar gambar hiasan
Kementerian Pendidikan juga berharap ibu bapa perlu memastikan kesihatan anak-anak berada dalam keadaan yang baik. Jika anak tidak sihat, ibu bapa tidak perlu menghantar anak ke sekolah. Ini kerana kesihatan murid-murid lain mungkin akan terjejas.
Menurut kenyataan itu lagi, kerjasama juga diharap daripada ibu bapa supaya peka terhadap kesihatan anak-anak dan tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah. KPM memberi jaminan akan mengambil tindakan yang tegas dan serius bagi memastikan kesihatan murid-murid dan warga sekolah sentiasa terjamin.
Setakat hari ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad, memberitahu dua buah kelas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Li Hwa, Butterworth, Pulau Pinang ditutup selama 11 hari bermula hari ini selepas 18 orang murid dijangkiti influenza tersebut.
The following two tabs change content below.
Share:

12 comments:

  1. Memang cuaca sekarang tak baik. Kena pastikan penyaman udara diservis kerap supaya bakteria-bakteria hilang.

    ReplyDelete
  2. ermm takut juga musim ni sebab anak abuya pun sekarang tengah demam... harap takde pape lah ūüėĘ

    ReplyDelete
  3. Yang mana ada anak tu, kena lebihkan pemantauan kesihatan mereka...

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya dihindarkan daripada penyakit berbahaya.

    ReplyDelete
  5. Kita lagi bimbang bila ada anak kecil dan orang tua dalam rumah. Harap-harap semua dapat ditangani dengan cara terbaik.

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. kak Nurin tak sihat ni, anum.
    masuk hari ke3 dah. ptg karang if tak sihat lagi, terus nak ke klinik.
    dia da besar. bila kita tanya, jwb dia - "ok".
    geram kita dibuatnya! pagi tadi rahsia dia terbocor, sebab suara dah serak!

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG