Jan 6, 2020

[FOTO] Ragam Murid Hari Pertama Persekolahan, Siap Ada Captain America Sambut Depan Pagar!

Assalamualaikum semua
Selamat pagi Isnin
Pagi ini Anum nak share ragam anak2 masuk sekolah
Pelbagai gelagat murid sekolah rendah mewarnai hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2020. Ada yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapa, tidur dalam kelas dan ada juga teruja berkenalan dengan rakan baru. Kami kongsikan kepada anda beberapa video dan foto ragam pelajar baharu di awal persekolahan 2020.

Hari pertama persekolahan

Video ini dipetik menerusi laman Facebook Harian Metro menyaksikan kegembiraan pelajar Sekolah Kebangsaan St Paul’s di Seremban. Kehadiran mereka pada hari pertama persekolahan 2020 disambut meriah dengan maskot adiwira Marvel iaitu Deadpool dan Captain America. Pelajar di sekolah itu juga tidak melepaskan peluang dengan bergambar bersama adiwira tersebut di hadapan sekolah.

Meraung tak nak masuk kelas

Sementara itu, menerusi laman Facebook Buletin TV3 yang menyaksikan gelagat seorang murid perempuan meraung gara-gara tidak mahu masuk ke dalam bilik darjah. Murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani ini mencuri tumpuan pada hari pertama persekolahan 2020. Adik Rashika Rashidi ini bagaimanapun dipujuk oleh ibunya dan guru sekolah untuk pelajar itu masuk ke kelas.

Bermacam ragam

Dr Maszlee pun ada

Share:

12 comments:

  1. Hahahaha.. Comel je dorang ni. XD

    Xpe nnti lama2 ok la tu. Hahahaha

    ReplyDelete
  2. Macam-macam ragam kan. Comel je.

    ReplyDelete
  3. alorrr kreatif betul guna maskot2 camni..baru la budak2 gembira nak pergi sekolah tak serik...haha

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. paling ditunggu di berita pukul 8 malam setiap kali masuk hari pertama sekolah. hehheheee

    ReplyDelete
  5. Macam macam ragam hari pertama masuk sekolah.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG