Jan 15, 2020

,

‘Bagaimana Dengan Pendapatan Balqis Ketika Dia Aktif Berlakon?’ – Erma Fatima

Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Pagi ini nak share cerita Putri Balqis
Industri hiburan Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kisah kesempitan hidup pelakon cilik, Puteri Balqis apabila dia muncul dalam program Bersamamu (TV3) pada 12 Januari lalu. Kemunculan Puteri Balqis atau Aqish dalam program tersebut telah mengejutkan orang ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpanya itu.
Berikutan daripada itu, sutradara Malaysia iaitu Erma Fatima turut meluahkan kebimbangannya terhadap kehidupan Aqish dan sedih melihat keadaan pelakon cilik itu.

‘Bukan begitu cara membesarkan anak’

Menerusi Berita Harian, Erma Fatima turut mempersoalkan cara ibu bapa Aqish yang membesarkannya dalam keadaan seperti itu. Menurutnya lagi, walaupun ibu bapa sudah bercerai dan tidak hidup bersama tetapi Aqish perlu dibesarkan dengan cara yang lebih baik dan bukannya dengan cara seperti ini.
Tambah Erma lagi, dia juga turut bimbang dengan masa depan Aqish termasuk persekolahannya sedangkan sebelum ini Aqish dikatakan telah menggunakan khidmat guru persendirian dari rumah. Tetapi lain pula yang terjadi pada nasibnya ketika ini.
Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak
Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah malang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.

Hidup senang lepas popular dulu

Sementara itu, Erma turut mempersoalkan mengapa kehidupan Aqish kembali susah seperti dahulu sedangkan hidup Aqish sekeluarga dikatakan telah berubah dan hidup mereka lebih ‘mewah’ selepas dia melibatkan diri dalam bidang lakonan. Erma juga turut mempersoalkan ke mana perginya pendapatan yang diberikan produksi kepada Aqish ketika dia sedang aktif berlakon pada suatu ketika dahulu.
Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup merempat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah. Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang.
Dalam pada itu, Erma turut menyuarakan harapannya agar sekiranya ada bantuan untuk pembiayaan kos rawatan Aqish, sebaiknya disalurkan terus ke pihak hospital.
Sumber: Berita Harian
Share:

12 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG