Jan 31, 2020

, , , ,

Renungan Jumaat : Kerana Enggan Buang Seketul Batu .. Tangan Anda Putus.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

KERANA ENGGAN BUANG SEKETUL BATU TANGAN ANDA PUTUS.
Image result for Kerana Enggan Buang Seketul Batu .. Tangan Anda Putus.
Gambar hiasan hasil carian Google.

Pada suatu hari, anda terjumpa seketul batu di atas jalan.  Batu itu agak besar sehingga boleh membahayakan penunggang motorsikal. Pada masa itu,  anda ada masa dan keupayaan untuk mengalihkannya ke tepi jalan,  namun anda enggan berbuat demikian.

Tidak lama lepas itu seorang penunggang motosikal melanggar batu tersebut hingga dia terjatuh ke atas jalan dan di langgar oleh kereta dari arah belakang. Akibatnya dia cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Si mati tidak punya pekerjaan tetap, hanya bekerja kampung. Isterinya pula seorang suri rumah sepenuh masa menguruskan anak mereka seramai 7 orang.  Anak yang sulung berada dalam tingkatan 5. Oleh kerana kesempitan hidup,  dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara ibu dan adik-adiknya.

Disebabkan gajinya tidak cukup untuk membeli keperluan harian,  dia telah mencuri duit kutipan kedai.  Akibatnya dia telah diberhentikan. Buntu kerana tiada cara untuk dapatkan wang, dia beranikan diri untuk merompak.  Rumah anda adalah rumah pertama yang dirompaknya.  Anda cedera parah di tangan kanan akibat ditetak dengan parang kerana anda cuba menghalangnya.  Akhirnya tangan anda tak dapat diselamatkan dan terpaksa di potong.

Tangan itulah yang tidak digunakan untuk mengalihkan batu yang dilanggar oleh bapa budak ini hari itu. 

Sungguh mendalam...sedangkan boleh ubah pada awalnya supaya tidak menjadi parah....kesimpulannya, benda yang baik, buat terus..agar semua sejahtera
Jangan bertangguh utk buat kebaikan dan kebajikan .
Setiap sesuatu kejadian ada sangkut-pautnya renung-renungkanlah.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Tidak ada yang dijadikan sia-sia.

Share:
Read More

Jan 30, 2020

Habis Idea Nak Buat Pencuci Mulut? Try Resipi Manisan Pulut Pisang Thai Ini. Memang Sedap!

Assalamualaikum semua
Selamat petang khamis
Petang nie nak share resepi
Siapa disini pernah menikmati pulut pisang? Pulut pisang ini merupakan makanan manisan yang terkenal di Thailand. Selalunya, penduduk tempatan di sana akan menikmati pulut pisang ini sewaktu minum petang ataupun sebagai pencuci mulut.
Apa kata, kita cuba buat juga manisan pulut pisang ala Thailand ini buat keluarga dan tetamu yang hadir ke rumah. Nampak macam menarik. Jom!

Bahan-bahan

Bagi menyediakan pulut pisang style Bangkok ini, anda perlu sediakan 1/2 kg beras pulut, 6 hingga 7 biji pisang (empunya resipi suka guna pisang nangka), santan cair secukupnya, kelapa parut muda, 1 cawan gula bergantung juga pada kuantiti parutan kelapa tadi (boleh dikurangkan manis).
Kemudian, secubit garam, sediakan juga plastik atau daun pisang bagi tujuan untuk balut serta tali dan pewarna hijau.

Cara memasak

Cara memasak pulut hijau ini mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah pulut dicuci dan rendam, bubuh pewarna hijau. Biarkan sejam dua.
Kemudian, kukus pulut, letak santan cair. Biar nampak tenggelam pulut, masukkan secubit garam dan kukus sampai masak. Pisang kukus sekejap sampai separuh masak sahaja. Bila pulut hampir sejuk, mulalah gulungkan pisang dalam pulut. Diikuti proses membalut dan membungkus. Gunakan kreativiti sendiri.

Langkah terakhir

Kukus balik sekejap untuk memantapkan pulut. Kemudian, biarkan ianya sejuk baru boleh dipotong. Gula dimasak dengan hanya sedikit air dan campur secubit garam.
Apabila gula sudah hancur, angkat dan gaulkan dengan kelapa parut. Gaulkan kelapa parut dengan pulut pisang yang dipotong tadi. Jadikan seperti gambar di atas. Sedia untuk dihidangkan bersama kopi atau teh panas buat minum petang.
Sumber: RASA
Share:
Read More
,

Koronavirus: MOTEC Tak Setuju Masjid Putra Ditutup Kepada Pengunjung Bukan Islam

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi Khamis
Pagi ini nak share news
Sebelum ini Astro Awani melaporkan Masjid Putra, Putrajaya akan ditutup untuk lawatan pengunjung bukan beragama Islam ekoran kebimbangan terhadap wabak novel koronavirus. Walau bagaimanapun, pelawat masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja.
Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTEC) tidak bersetuju dengan keputusan yang dilakukan.

Boleh mengambil gambar sahaja

Menurut jurucakap pengurusan Masjid Putra, penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Tambahnya lagi, buat masa ini masjid hanya dibuka kepada pelawat muslim untuk menunaikan solat sahaja.
Melalui tinjauan Bernama semasa cuti umum Tahun Baru Cina baru-baru ini, terdapat ribuan pelawat membanjiri persekitaran masjid tersebut untuk beriadah dan mengambil gambar. Beberapa orang petugas turut kelihatan memberi penerangan kepada pelawat bukan Islam mengenai larangan tersebut dan mereka dilihat mematuhi arahan yang diberikan.

Tidak boleh menghalang pengunjung

Walau bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Datuk Mohamaddin Ketapi berkata Masjid Putra tidak sewajarnya ditutup kepada para pelancong bukan Islam. Ini kerana, pelancong yang memasuki negara ini terdiri daripada golongan yang sihat dan mereka tidak boleh dihalang untuk mengunjungi destinasi menarik di negara ini.
Tambahnya, pihaknya akan menulis surat kepada pusat pelancongan negara agar tidak menyekat pelancong mengadakan lawatan ke tempat menarik yang ada di Malaysia.
The following two tabs change content below.
Share:
Read More

Jan 29, 2020

, , ,

‘Tanda Allah Telah Luaskan Rezeki Kita’ – Adat Bermusafir, Melancong Ke Luar Negara Mengikut Sunnah

Assalamualaikum semua
Selamat petang Rabu
Petang ini nak share satu kisah travel
Melancong merupakan salah satu aktiviti yang diidamkan oleh setiap insan sama ada pergi bercuti bersama rakan-rakan, keluarga atau bersendirian. Namun, setiap orang yang pergi melancong perlu menetapkan objektif dalam diri tujuan untuk melancong atau bermusafir.

Bukan semua individu dikurniakan rezeki untuk melancong ke luar negara. Oleh itu, menerusi Facebook Khairul Fauzi berkongsi serba sedikit berkenaan ilmu semasa bermusafir ataupun melancong. Banyak perkara yang boleh dijadikan Ibrah ketika melancong.

Bermusafir adalah sunnah Rasulullah

Sebelum aku travel ke korea sempat aku berhubung dengan seorang ustaz dan minta sedikit nasihat dari segi kerohanian. Ustaz, malam ni saya nak bermusafir. Nasihat la saya sikit untuk saya bekalkan di sana nanti.
Fauzi, bermusafir ni adalah sunnah Rasulullah. Dan jika diberi rezeki bawalah anak-anak dan family bermusafir dan jika boleh keluar negara pergilah kerana bukan semua orang Allah beri rezeki ke luar negara. Banyak perkara yang kamu dapat jadikan Ibrah.

Objektif melancong kena jelas

Pertama, apa objektif kita travel. Yaa untuk keseronokan. Itu tidak dapat dinafikan. Memang ianya tidak salah, tapi orang non muslim pun mencari keseronokan, so apa beza. Objektif kita kena jelas kerana Allah. Ingin melihat tentang kebesaran Allah yang mungkin kita tidak dapat di negara kita. Dalam keseronokan juga mesti Allah akan uji kita dengan sedikit keletihan, kerenah anak-anak, tidak sependapat dengan isteri, dan lain-lain. Kat situ belajarlah kesabaran. Dalam seronok pun, ada yang tak seronok nanti.

Belajar bersyukur dengan kekayaan-Nya

Kedua, sampainya seseorang ke lokasi musafir hendaklah kita ingat bahawa dan sebenarnya itu tanda Allah telah luaskan rezeki kita. Bukan kerana usaha kita, bukan kerana kita kaya, bukan juga untuk menunjuk-nunjuk. Itu Allah hendak tunjukkan kekayaanNYA dan bukan kekayaan kita supaya kita lebih bersyukur lagi. Allah telah pendekkan masa untuk berhubung dengan dua negara yang berbeza. Masyallah. Allahhuakbar.

Tunjuk contoh muslim yang baik

Semasa dalam flight pula kita masih terikat dengan ibadah solat. Mungkin jika hanya bermusafir di jalan darat lain pengalamannya. Jika jalan udara lain pula pengalamannya. Solat dalam kapal terbang macam mana. Perlu juga buat preparetion. Bukan preparetion tentang kewangan dan itenerary melancong sahaja. Semasa dalam flight pula, pelbagai pessenger yang berlainan bangsa dan agama. Ada yang tak sabar beratur dan ambil bagasi, penggunaan toilet yang terhad dan jangan pentingkan diri sendiri. Kita mesti jaga adat dan tingkah laku agar tidak mencemarkan agama kita. Kita juga boleh berkenalan dan tambah hubungan silaturahim dengan passenger lain. Jangan buat sombong.

Praktik apa yang dipelajari

Sampainya di negara non-muslim kita tidak terlepas dari ibadah seperti solat dan dari segi makanan halal. Kat situ kita ambil peluang untuk parktikkan ilmu agama kepada family kita. Belajar sahaja tanpa praktik adalah dua perkara yang berbeza. Macam mana Ibadah solat jamak, makanan halal mesti diutamakan. Mungkin isu makanan halal tidak menjadi isu sangat di negara kita kerana makanan halal mudah didapati. Apakah persediaan kita jika tiada makanan halal dijumpai. Semua itu adalah ilmu baru.

Balik umrah pun berseluar pendek?

Jadikan semua pengalaman sepanjang bermusafir dapat diperolehi oleh orang lain juga. Bukan sekadar kita berseronok sebaliknya biarlah orang lain boleh tumpang pakai ilmu yang kita pelajari, pengalaman kita, tindakan kita yang akhirnya boleh mendekatkan kita kepada yang maha pencipta.
Jangan jadi seperti orang pergi umrah sekarang seperti pergi melancong. Balik pun masih berseluar pendek, isteri masih berbaju ketat dan sendat. Apa beza melancong di mekah dengan umrah di mekah kalau tingkah laku masih seperti itu. Sehingga mutawif pun diuji kerana objektif kita bermusafir tidak jelas. Pergi mekah kahwin baru, balik ceraikan isteri sedia ada. Ini bukan bermaksud untuk ceritakan sesuatu yang buruk atau nafikan jodoh seseorang, tetapi betulkan obejktif kita semasa bermusafir.

Banyak kelebihan bermusafir

Sebenarnya banyak kelebihan musafir selain untuk gembirakan family. Barulah musafir kita diberkati dan nak solat jamak pun rasa tenang kerana objektif kita bermusafir telah jelas. Kalau bermusafir untuk tujuan maksiat kita tak boleh jamak tau. Contoh bermusafir bertujuan maksiat ialah pergi bermusafir untuk menunjuk-nunjuk yang kita je ada duit, bermusafir untuk pergi ke konsert yang bercampur lelaki dan perempuan, bermusafir kerana nak lari dari tanggungjawab kepada family dan agama dan sebagainya. Moga posting ini memberi manfaat kepada anda dan juga kepada bakal-bakal musafir.
Sumber: Khairul Fauzi
The following two tabs change content below.
Share:
Read More
, ,

‘Jururawat Cakap Dengan Saya Menerusi Interkom’ – Ika Mustafa Kongsi Pengalaman Dikuarantin Disyaki Dijangkiti Koronavirus

Assalamualaikum semua
Selamat pagi Rabu
Wabak koronavirus semakin berada pada tahap membimbangkan apabila tiga lagi pelancong dari China sah membawa virus tersebut di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan berkenaan situasi ini dan langkah yang wajar untuk membendung wabak tersebut.
Penyanyi tempatan, Ika Mustafa turut berkongsi pengalaman yang derita apabila dia dikuarantin selepas disyaki menghidap virus tersebut. Menerusi Astro Awani, Ika dilaporkan ditahan di Hospital Sungai Buloh dalam kawalan rapi. Saudara terdekat juga tidak dibenarkan melawatnya buat ketika ini.

Pengalaman tidak boleh dilupakan

Penyanyi yang popular dengan lagu Damaikanlah ini disyaki dijangkiti wabak koronavirus selepas pulang dari urusan kerja di Haikou, China pada 25 Januari lepas.
Ini memang pengalaman yang tak boleh dilupakan sangat. Masa saya ingin dibawa ke wad, kawasan yang dilalui itu langsung tak boleh ada orang lain.
Memang tempat dia terasing. Nak ke bilik saya wajib melepasi satu bilik dulu baru boleh masuk ke bilik saya.
Baginya, ini adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana dia terasing dari orang ramai sehinggakan dia wajib melepasi satu bilik ke satu bilik sebelum masuk ke biliknya. Kawalan keselematan di hospital tersebut cukup ketat bagi memastikan tiada jangkitan terhadap orang lain.

Komunikasi melalui interkom

Jururawat pun kalau nak cakap dengan saya akan menerusi interkom. Kalau nak periksa suhu badan, tekanan darah dan hantar makanan baru akan masuk ke ruang bilik saya dengan berpakaian khas.
Ahli keluarga saya hanya dibenarkan untuk hantar barang di tingkat bawah saja, jururawat yang akan turun ambilkan.
Jururawat yang ditugas untuk menjaganya turut hanya berkomunikasi melalui interkom yang disediakan. Jika mereka ingin memeriksa keadaan Ika, mereka akan masuk ke ruang bilik dengan pakaian khas. Selain itu juga, ahli keluarganya turut tidak dibenarkan melawatnya buat seketika ini.

Keadaan semakin pulih

Keadaan saya macam makin sihat. Cuma sekarang ini berasa gementar sangat sebab nak tunggu keputusan sama ada positif (wabak koronavirus) atau tidak. Saya sendiri tak tahu bila akan dapat keputusan itu.
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana keadaan dirinya semakin pulih. Dia disyaki dijangkiti wabak tersebut kerana mengalami demam, batuk dan selsema yang teruk selepas dipercayai menaiki pesawat yang turut membawa warga emas dari Wuhan yang merupakan wilayah penularan wabak koronavirus ini.
Sumber: Astro Awani
The following two tabs change content below.
Share:
Read More

Jan 28, 2020

,

Resepi Begedil Sayur Yang Pasti Jadi Kegemaran Sekeluarga. Senang Pun Senang!

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi Selasa, pagi ini Anum masih bercuti hehe
Buntu memikirkan hidangan minum petang? Semestinya sudah bosan dengan menu sama sahaja seperti cucur udang mahupun cekodok bukan? Apa kata cuba begedil sayur pula untuk menu seisi keluarga, seperti dikongsikan Norhana Yahya.

Bahan-bahan

Kononnya buatan air tangan sendiri orang kata. Teringin pun dah malam hari. Takpa, godek la peti ais. Tengok apa yang ada je hampa ubi kentang tu memang dah ada.
Daging, ayam dah clear. Oklah mama buat begedil sayur lah. Brokoli, daun sup ja yang ada. Acilah noh. Alhamdulillah jadi weh! Orang kata kalau simple je resepinya, tapi kalau kita tak buat.tak hado maknanyaaaa betui dak.
Resepi Begedil Sayur mama hana
Ubi kentang 5 biji
Bawang holland sebiji
Brokoli
Carrot
Daun sup
Telur 2 biji ikut saiz yang hampa ada…kalau kecik gunalah 3 biji mcm tu ..
Garam
Serbuk perisa Hilal
Lada hitam

Kupas kentang, stimkan sayur

Ubi kentang ni buang kulitnyga dulu. Cara potong ikut hampa la, ni cara sis.
Brokoli, carrot potong dan kita steam kan dulu. Nanti senang nak lenyek nanti.
Bawang holland potong dadu, daun sup potong tu jangan kasar sangat ya.

Tumbuk kasar

Masukkan brokoli dengan carrot ke dalam bekas ubi yang telah kita tumbuk tadi. Jangan tumbuk sampai tak ada rasa sayur pulak tau.

Goreng kentang dan lenyek

Goreng kentang dulu tau, tos dan sejukkan sekejap.
Kemudian kita lenyek, sis guna lesung. belasah je dalam besen ni. Orang lain siap guna lesung. Akak guna anak dia je, hahah. Lepas semuanya dah lenyek, dan ok. Baru kita lenyek brokoli dan carrot.

Masukkan telur, gaul sebati

Next, kita masukkan bawang holland dan daun sup yang telah dipotong, dan jangan lupa masukkan telur kuning 2 @ 3 biji. Tengok saiz telur yang hampa ada. Telur putih asingkan sebelah. Nanti guna masa nak goreng ni. Kita main celup celup masukkan garam, lada hitam, sebuk perisa hilal

Gaul lagi dan bentukkan

Dan gaul…gaul…gaul sampai jadi mcm ni.
Kita bentukkanlah jadi mcm ni. Hampa nak buat bentuk lain pun boleh. Kemudian celup la dengan telur putih kita asingkan tadi. Pastikan masa goreng tu, guna api yang perlahan saja supaya bentuk yang kita buat tu tak pecah masa menggoreng

Siap!

Taaaaraaaaa. Begedil sayur its done.
Sumber: Norhana Yahya
Anumkhairil
Share:
Read More

Jan 24, 2020

, , , , ,

KEJOHANAN DART PERSEORANGAN WANITA 2020 ANJURAN KELAB MUDA

KEJOHANAN DART PERSEORANGAN WANITA 2020 ANJURAN KELAB MUDA

KEJOHANAN DART PERSEORANGAN WANITA 2020 ANJURAN KELAB MUDA

TARIKH KEJOHANAN : 11.04.2020 (SABTU)
TARIKH TUTUP : 09.04.2020 (SEBELUM 12.00 MALAM)
UNDIAN : 10.04. 2020 (9.00 MALAM)
MASA MULA : 09.00 AM
TEMPAT : DEWAN KELAB DART MUDA
BAYARAN PENDAFTARAN : RM50
PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN :
RUSLI +60189885915
WAK YAYE +60162441265
ANUM +60126574448
MD +60133048279
Share:
Read More
, , ,

Renungan Jumaat : Muhasabah Diri Jadi Mukmin Terbaik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Image result for Muhasabah Diri Jadi Mukmin Terbaik
MUHASABAH DIRI JADI MUKMIN TERBAIK

Siapa yang suka menilai atau melihat kekurangan diri, tetapi itulah cara untuk melakukan perubahan. Oleh itu, walaupun pahit untuk menerima kenyataan, itu adalah lebih baik kerana bermuhasabah dapat membersihkan diri daripada kejahilan serta dosa. Ikuti kupasan bersama Ustaz Mohd Meftah Anuar dalam segmen Islam Itu Indah di IKIMfm.

Orang yang beruntung adalah yang sentiasa membuat pembetulan supaya dapat memperbaiki kecelaan diri dan menjadikannya mukmin lebih baik. Imam al-Ghazali berkata, "Barang siapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan temui keringanan pada hari akhirat kelak."

Menerusi rancangan Islam itu Indah, Ustaz Mohd Meeftah Anuar berkata, muhasabah adalah perkara baik namun tidak disukai kerana kebanyakan manusia tidak suka untuk menilai dan melihat kekurangan diri sendiri.

Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidaklah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan." (Surah al-Anbiya, ayat 47)

Setiap perbuatan manusia walau sekecil-kecil atau sebesar-besarnya akan diperhitung dan dihisab di akhirat nanti. Perbuatan baik akan mendapat balasan baik, manakala perbuatan jahat akan menerima akibat buruk.

Sentiasa bersyukur

Seorang mukmin perlu lebih banyak merasa syukur akan segala nikmat kurniaan Allah SWT. Apa sahaja rezeki yang diperoleh adalah atas kehendak dan kurniaan-Nya. Justeru, syukur itu akan menjadikan manusia lebih tawaduk dan taat segala perintah-Nya.

Allah SWT akan mengurniakan nikmat lebih besar bagi mereka yang selalu bersyukur. Dalam menterjemahkan nilai syukur, seorang mukmin itu harus lebih banyak bermuhasabah dan melihat setiap sudut hidup sebagai anugerah Allah yang Maha Esa.

Sesungguhnya tidak akan bererti apapun yang dimiliki manusia jika tidak disertakan dengan rasa syukur dan yakin ia adalah pinjaman daripada Allah SWT. Justeru, mukmin perlu sedar dalam setiap nikmat yang dikecapi, ada rezeki orang yang lain yang tersembunyi.

Ini kerana ada kala Allah SWT mengurniakan rezeki seseorang melalui mukmin yang lain supaya mereka saling memberi dan mengingati sesama manusia.
Jauhi maksiat

Berbicara mengenai keberkatan dalam mencari rezeki, hendaklah menjauhi perbuatan maksiat yang akan menghitamkan hati, menutup pandangan mata, mengikis semua kebaikan sungguhpun mendapat nikmat di dunia ini.

Tidak ada ertinya semua kesenangan dan kenikmatan hidup jika diperoleh dengan jalan kemaksiatan kerana ia tidak mendapat keberkatan hidup, apatah lagi untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Orang yang sentiasa dalam kemaksiatan sungguhpun hidupnya penuh keseronokan dan kekayaan, ia hanya satu tipu daya menyesatkan dan nikmat yang membinasakan.

Oleh itu, dalam mencari rezeki seseorang mukmin hendaklah sentiasa memeriksa kesilapan yang dilakukan supaya tidak termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat istidraj. Muhasabah jalan terbaik manusia membuat pusingan U atau menghitung kesilapan diri dilakukan.

Pegang tiga paksi

Setiap mukmin hendaklah memahami ajaran agama Islam dengan sebaiknya supaya sentiasa terbimbing pada jalan yang benar. Peganglah tiga paksi diajarkan agama iaitu menjadi khalifah yang taat akan perintah Allah SWT, mengamalkan Islam sebagai cara hidup, menjadikan akhlak baik pakaian yang akan menentukan corak tindakan diri.

Akhlak baik adalah senjata mukmin untuk menjadi manusia penuh nilai manusiawi dalam membina keperibadian yang tinggi. Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia."

Hidup di dunia hanya persinggahan sebelum menuju ke kampung akhirat yang kekal abadi. Justeru, hendaklah sentiasa berusaha mempersiapkan dirinya dengan perkara yang akan meningkatkan amal timbangan di akhirat kelak.

Berdamping dengan orang soleh yang boleh menjadi pembimbing untuk sentiasa dekat kepada Allah SWT dan sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagai mengingati ajaran Rasulullah SAW. Cara itu boleh mencegah mukmin daripada terjerumus perbuatan yang boleh menyesatkan.

Penulis adalah Pengurus Berita Radio IKIMfm

Oleh Nik Hasnah Ismail
bhagama@bh.com.my

Share:
Read More

NUFFNANG