Dec 16, 2019

Resepi Twister Ala KFC, Confirm Sedap & Bakal Menjadi ‘Kegilaan’ Anak-Anak Di Rumah

Assalamualaikum semua
Selamat pagi Isnin
Setiap kali tibanya hujung minggu pasti para ibu ketandusan idea untuk menyediakan makanan buat keluarga terutamanya ketika musim cuti persekolahan. Terbaru, menu twister seperti disediakan di KFC menjadi pilihan ramai kerana kelembutan dan kegebuan rotinya itu. Kali ini, kami akan sediakan kepada anda resepi twister ala-ala KFC simple dan boleh dibuat sendiri di rumah seperti yang dikongsikan oleh Riana Samad di laman Facebooknya.

Twister ala-ala KFC
Resepi ni memang simple, cepat yang penting seisi rumah suka. Ala ala KFC twister gitu. Cara buatnya mudah, makannya pun mudah sambil jalan atau kehulu hilir buat kerja rumah pun boleh.
Bahan-bahan

Bahan dia tak banyak ya. Basic je tapi bila gabung memang serasi lemak, cair di mulut.
1. Roti wrap segera
2. Dada ayam
3. Tepung
4. Mayonis
5. Sos keju
6. Timun dan tomato dadu

Gaul dada ayam dalam bancuhan tepung
Dada ayam gaul dalam bancuhan tepung. Macam saya pakai tepung segera cap Bestari. Kalau tak ada korang boleh guna tepung jagung tapi tambah lah garam dengan lada sulah sikit.
Kemudian, gaul sekali lagi dalam tepung sama versi kering. Goreng dalam minyak panas. Lepas garing tu terus angkat.
Panaskan roti wrap
Kepingan dada ayam yang dah siap goreng
Panaskan roti wrap dalam kuali tanpa minyak. Jangan lama ya nanti dia keras. Untuk 1 belah panaskan dalam 30 saat je. So total 1 minit untuk kedua belah. Sementara tu stanby siap siap dulu mayonis dan sos keju.
Letakkan kesemua bahan-bahan

Letakkan kepingan dada ayam, sos keju dan mayonis keatas wrap. Taburkan timun dan tomato yang didadu.
Siap untuk dimakan!
Sumber: Riana Samad



Share:

4 comments:

  1. Nieyl kalau malas nak masak nasi...
    buat mcnie juga..senang, kenyang..

    ReplyDelete
  2. Buat ala ala pun nampak sedap. Boleh lebihkan apa yang kita suka tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya . Boleh try buat gak la nanti

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG