Dec 4, 2019

, ,

Lori Ais Rempuh Tembok Tol, Pemandu Maut

Assalamualaikum semua
Selamat petang
Terasa nak share kisah kemalangan ngeri yang berlaku pada 2.12.2019 (Isnin)
Jom baca selanjutnya
Seorang pemandu lori ais iaitu Abdul Rani Abdullah, meninggal dunia di plaza tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) 2.12.2019, selepas lori yang mereka naiki melanggar tembok tol berkenaan. Dalam kejadian itu juga, seorang penumpangnya yang merupakan wanita warga Thailand, mengalami kecederaan ringan.

Pemandu maut manakala penumpang cedera

Menerusi video Media Viral, seorang pemandu sempat merakam detik kemalangan tersebut. Video yang berdurasi 0;37 saat itu menyaksikan lori ais yang dipandu oleh seorang lelaki melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari Kubang Semang menghala ke Lunas, Kulim. Kejadian yang berlaku lebih kurang 7.20 malam itu mengakibatkan pemandu tersebut meninggal dunia di tempat kejadian manakala, penumpangnya mengalami kecederaan ringan.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.25 malam. Tambahnya, sebaik sahaja panggilan tersebut diterima, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian.Operasi tersebut turut dibantu anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Kulim dan Pasukan Bomba Sukarela Lunas. Mangsa yang maut berjaya dikeluarkan pasukan bomba manakala penumpangnya diberi rawatan oleh anggota EMRS.
Sumber: Astro Awani & Media Viral
Semoga semua sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Share:

11 comments:

  1. ‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    Allahu..ngeri tengok kejadian macam ni.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kemalangan skrg berbagai jenis kena lebih berhati2

      Delete
  3. Innalilllah... ini yg kata anak yg umur 14tahun imamkan solat Jenazah ayahnyer kan

    ReplyDelete
  4. berita ni la kot ada viral kf FB, jenazah ayah diimamkan nak berusia 14tahun ketika solat jenazah

    ReplyDelete
  5. Lori sejuk Malaysia

    Are you looking at cold logistics solutions? We offer the best cold transport, cold storage and sea / air freight services, pick a service that you need.


    to get more - https://www.friomalaysia.com/services

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG