Dec 10, 2019

, , ,

Lemak & Berkrim – Menu Epik Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop Kembali Lagi Untuk Korang!

Assalamualaikum semua
Selamat pagi Selasa
Pagi ni nak share Menu Epik yang pastinya sedap
Stress! Stress! Stress! Seharian di tempat kerja dan rumah memang boleh menyebabkan stress. Bukan sebab iman tipis, senipis kulit bawang tapi tubuh badan mana yang tak penat, otak mana yang boleh tahan kalau 24 jam kena lenjan dengan kerja kan?
Walau bagaimanapun, stress boleh diatasi tau. Pertama, korang kena berhenti rehat sebentar, ambil nafas dalam-dalam dan minum air. Biarkan mata yang dah layu tadi menikmati pemandangan yang indah.
Pastikan dalam masa yang sama, mulut korang menjamah Grilled Butter Chicken (GBC), menu istimewa dari The Chicken Rice Shop (TCRS) . Menu paling epik dekad ini la katakan. Sesuai la dengan taglinenya Lek Lu.. Makan dulu..

TCRS kembali tawar menu epik Grilled Butter Chicken!

Bagi korang yang dah pernah merasai sendiri Grilled Butter Chicken, Anum yakin korang mesti tak sabar untuk kembali merasainya bukan. Menu yang dihasilkan daripada paha ayam tanpa tulang dan di grilled ini cukup empuk tapi dalam masa yang sama juicy habis!

Min try set untuk 4 orang makan. Set ni include nasi sekali tau!
Memang puas hati bila makan. Bukan saja ranggup, rasa butter yang berkrim dengan pedas-pedas manja tu akan buat korang tak berhenti mengunyah. Makan Grilled Butter Chicken panas-panas kena pulak dengan sup dan nasi ayam The Chicken Rice Shop memang power. Hilang stress dan penat seharian bekerja.

Dah boleh try dekat semua cawangan The Chicken Rice Shop!


Admin cuba GBC dekat Paradigm Mall, Kelana Jaya.
Bagi korang yang dah lama craving nak makan Grilled Butter Chicken, korang dah boleh singgah di lebih 100 cawangan The Chicken Rice Shop di seluruh negara. Grilled Butter Chicken dah available sejak awal November lagi tau.
Ni la masanya korang bawak ahli keluarga korang, untuk makan bersama sambil eratkan silaturrahim. Hadir dalam 3 set, korang boleh pilih nak order set untuk seorang sehinggalah untuk 4 orang makan.
Selain tu, korang juga boleh cuba Tropical Layer Tea. Dengan setiap pembelian set Grilled Butter Chicken korang akan nikmati harga istimewa untuk Tropical Layer Tea ni.
Ops! Lupa pulak Anum nak beritahu yang Grilled Butter Chicken hanya ada sampai  5 Januari 2020 je. So, kena cepat-cepat cuba dan nikmati masakan dengan rasa istimewa hasil inovasi resepi tradisional hainan bersama masakan nyonya.

Altimet pun try Grilled Butter Chicken!

Lain macam cara Altimet order makanan dekat The Chicken Rice Shop. Altimet sendiri pun cuba Grilled Butter Chicken. Korang pun mesti dah excited nak cuba kan? Anum jamin korang mesti puas hati.
Nak tahu lebih lanjut tentang promosi The Chicken Rice Shop? Korang boleh klik link di bawah.
Anumkhairil
Share:

10 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG