Dec 5, 2019

,

Hitam Bukan Sebarang Hitam, Hitam Cheesecake Rentung Lemak Manis Disukai Ramai

Assalamualaikum semua
Selamat petang
Petang ni nak share resepi 
Setiap kali ke kafe hipster, burnt cheesecake menjadi antara menu mesti ada setiap kali cafe-hopping. Namun, bila tengok harga, mesti fikir berkali-kali untuk memesannya. Apa kata cuba pula buat sendiri pula, bahannya mudah didapati, caranya pun ringkas saja, seperti dikongsikan Puan Siti Zalikha di Facebook. Jom cuba!

Bahan-bahannya:

Bahan-bahan:
4 biji telur
150gram gula halus
15gram tepung gandum (Ayakkan dulu)
500gram cream cheese
250gram whipping cream

Cara-cara:


1. Panaskan dahulu oven dlm suhu 200°c selama 10 minit.
2. Pukul cream cheese bersama gula halus sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu demi satu. Mixkan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Mixkan sebati.
4. Masukkan whipping cream kacau2kan dengan spatula. Dah rata. Masukkan dalam loyang. Bakar dalam suhu 200°c selama 1jam. Dah sejuk baru potong.
Selamat mencuba
Anumkhairil
Share:

20 comments:

  1. Buat sendiri lbh jimat,lbh puas hati..

    ReplyDelete
  2. aida ada tau resepi ni.
    buat aje lom, anum. aduhai...
    pernah beli. ya Allah, sedap nyer!!!
    lemak. padu cheese nyer.
    berbaloi beli 1 slice rm8.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kena cuba berbaloi boleh makan bertambah

      Delete
  3. walaupun luar nampak hitam tapi dalam nampak gebu.. tetiba teringin nak makan cheesecake..hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnya. Kene cuba la kalau ada masa nanti

    ReplyDelete
  5. bestnyaa, buat sendiri lebih puas hati kan. makan pun boleh banyak2.

    ReplyDelete
  6. Sedapnyam tengok gambar pun dah tau hehe

    ReplyDelete
  7. walaikumussalam. masa ni lah, hitam lemak manis menjadi pilihan. haha

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Basque Burnt Cheesecake ni. tunggu rajin baru cuba buat.

    ReplyDelete
  9. viral sgt kek ni skrg. kecik tapi agak mahal. better buat sendri je la

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

NUFFNANG