Dec 17, 2019

,

Didakwa ‘Berlakon’ Sakit, Dr Amalina Tampil Pertahankan Syed Saddiq

Assalamualaikum semua
Selamat petang 
Baru-baru ini viral foto Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang menjalani rawatan selepas seminggu menjalani pembedahan apendisitis pada Sabtu lalu. Foto dimuat naik itu menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya mendakwa Syed Saddiq ‘berlakon’ sakit.
Terbaru, menerusi laman twitter, Dr Amalina menafikan dakwaan dibuat sesetengah individu yang mengatakan foto itu kelihatan seperti berlakon kerana beliau merupakan pakar dalam pembedahan.

Tiada salah pada foto ini

Saya perlu menjelaskan sesuatu kerana pembedahan adalah kepakaran saya. Tidak ada yang salah dengan gambar ini. Luka apendisitis perlu dilindungi untuk mencegah jangkitan luka. BP cuff ada untuk memantau BP biasanya setiap 4 jam jika pesakit stabil.
Menurut Dr Amalina, foto yang di troll orang ramai perlu diperbetulkan dimana tiada kesilapan pada foto ini kerana luka apeddisitis perlu dilindungi agar tiada jangkitan luka padanya.
Terdahulu ade individu mendakwa YB menipu kerana Cuff BP tidak diperlukan kerana dirinya stabil serta bukanlah luka besar.

Tiada salah dengan butang panggilan

Tidak ada yang salah dengan butang panggilan, ia adalah untuk pesakit untuk memanggil jururawat apabila mereka memerlukan bantuan.
Appendicectomy laparoscopic adalah salah satu operasi yang paling biasa yang kita lakukan dalam pembedahan umum. Ia biasanya bermula dengan rasa sakit di bahagian tengah abdomen dan kemudian bergerak ke bahagian bawah sebelah kanan.
Penjelasan ini turut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya berterima kasih atas penerangan terperinci ini. Malah tak kurang juga menghentam pihak yang sengaja mencetuskan kontroversi ini. Apa apa pun semoga YB Syed Saddiq kembali pulih.

Dipuji netizen

Sumber : Dr Amalina
Share:

12 comments:

  1. hahaha..ado2 je netizen ni.
    hebat sangat...sepatutnya kene jadi doctor org tu.

    ReplyDelete
  2. pelik sangat dengan netizen sekarang ni -_-

    ReplyDelete
  3. Haha.

    Netizen>Professional.

    Banyak yang berani cakap berdasarkan fikiran masing-masing tanpa ketahui apa procedure atau SOP. Kecam dah macam jajan nak tambah dosa. Haha.

    ReplyDelete
  4. Tak habis habislah netizen ni kan...cari salah orang

    ReplyDelete
  5. sekarang ni zaman pekena org, kan.
    salah skit jer, tapi mcm salah byk.
    sakit dikatakan berlakon plak! hu hu hu hu hu...
    netizen oh netizen!

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG