Nov 29, 2019

,

Waktu Subuh Selangor Lewat 8 Minit Bermula Hari ini

Assalamualaikum

Sharing
Umat Islam diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam. Waktu solat ini juga akan tidak statik pada waktu spesifik kerana akan ada perbezaan masa beberapa minit setiap hari. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan penetapan baru waktu Subuh di negeri itu, semalam.

Tambah 8 minit

Menurut laporan Harian Metro, waktu solat Subuh bagi seluruh  Selangor perlu ditambah masa sebanyak lapan minit dari waktu asal mulai hari ini (29 November 2019).
JAIS dalam kenyataannya berkata, perubahan berkenaan dilakukan hasil kajian kecerahan langit oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama penyelidik Universiti Malaya (UM).

Diperkenan Sultan Selangor

Dalam kenyataan itu juga, keputusan penambahan masa berkenaan turut mendapat perkenan Sultan Selangor untuk dilaksanakan.
Perkara ini dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-116.
Ia juga diperkenankan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November 2019 bersamaan 1 Rabiulakhir 1441H untuk dikuatkuasakan bagi negeri Selangor.
Anumkhairil
Share:

2 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG