Nov 22, 2019

,

‘Saya Minta Maaf..’ – ‘Pondan’ Viral Baca Doa Buka Mulut, Akui Sudah Disoal Siasat JAIS

Gelagat seorang lelaki berpakaian wanita memimpin bacaan doa viral di laman sosial sebelum ini. Tindakan itu menerima pelbagai respon dari netizen yang ‘terkejut’ dan tidak kurang juga mengecam ‘pondan’ terbabit.
‘Pondan’ berkenaan akhirnya membuka mulut kepada Harian Metro dan menceritakan kisah sebenar.

Bawa watak teater

Lelaki itu, Mohd Fadhil Alhakim Othmawi menegaskan dia merupakan lelaki sejati dan videonya yang sedang membaca doa sambil berpakaian wanita adalah tuntutan watak untuk tugasan pementasan teater universitinya.
Dalam teater Psikogenik, saya menjayakan watak sebagai seorang bekas tenaga pengajar pusat tahfiz yang dimasukkan ke wad mental kerana tertekan dan menghidap penyakit ‘religious obsesive compulsive disorder’.
Dalam watak itu, saya melakonkan watak sama iaitu menjadi perempuan kerana sejak kecil selalu bermain anak patung dan disolek arwah kakak, malah selalu didera ibu yang kemudian memaksanya ke pusat tahfiz.
Saya mengakui ‘pondan’ dimaksudkan orang ramai adalah saya

Disoalsiasat JAIS

Mengakui silapnya dalam insiden itu, Mohd Fadhil sedar matlamat tidak menghalalkan cara. Dia juga menerima kecaman dan komen netizen dengan terbuka.
Malah saya akui matlamat tidak menghalalkan cara dan walau berlakon, saya kena jaga semua adab. Semua komen netizen saya ambil maklum dan terima dengan hati terbuka.
Bagaimanapun, saya terfikir sekiranya saya seorang pondan dan membaca kecaman netizen di laman sosial, adakah saya tergerak hati untuk berubah? Pastinya jawapannya tidak dan menyebabkan golongan ini makin jauh daripada masyarakat
Saya minta maaf kepada masyarakat dan minta keampunan kepada Allah SWT.
Mohd Fadhil juga mengakui dia telah disoal siasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung video berkenaan dan menjelaskan perkara sebenar.

Share:

14 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG