Nov 26, 2019

, , ,

Risau Beli Baju Kalau Tak Cuba? Ini 4 Langkah Mudah Untuk Korang Membeli Pakaian Secara Online.

Salam semua
Selamat petang
Korang lunch apa tadi?
cuba share skit ngan Anum menu lunch korang?
hehe, ok nak share tips yang berguna
Membeli-belah secara atas talian ni dah jadi satu benda yang normal. Maklumlah, lagi senang, jimat tenaga dan kadang-kadang harga barangan lebih murah tau!
Tapi, kalau nak beli pakaian ni tricky sikit sebab takut saiz tak betul, tak kena dengan citarasa dan macam-macam lagilah! Sebenarnya, senang je nak beli pakaian secara online kalau korang ikut tips yang Sis Anum share ni. 

1. Perhatikan Jenis Kain

Korang kena perhati dan kenalpasti jenis kain sesuatu pakaian tu. Sis yakin korang mesti dah boleh agak jenis fabrik melalui gambar sebab dah biasa pakai dan rasa sendiri. Kalau nak senang, tanya je seller terus.
Yang penting, korang kena tahu ciri-ciri sesuatu fabrik tu. Contohnya lembut, menyerap peluh, strechtable dan see through. Ini supaya korang boleh sesuaikan dengan preferences korang. Barulah rasa berbaloi beli!

2. Periksa Ukuran Dan Saiz

Korang perlu pastikan saiz badan korang betul-betul sebelum beli. Tengok dekat carta saiz yang seller dah sediakan. Walaupun dah dinyatakan saiz standard, kena check jugak ukurannya sebab lain jenama, lain ukuran. Standby je  measuring tape untuk ukur saiz korang.
Senang cerita kalau tak sure, rujuk je seller untuk tolong korang pilih saiz yang tepat.

3. Tentukan Cutting & Design Pakaian

Baca penerangan mengenai pakaian sebelum beli. Selalunya, seller akan beritahu sama ada saiz pakaian lebih kecil atau lebih besar dari saiz biasa. Cutting pakaian seperti slim fit, straight cut dan flare pun korang kena ambil tahu sebab tak semua sesuai dengan sesetengah cutting dan design.

4. Baca Review Pembeli

Ini paling penting! Bila dah berkenan kat satu pakaian tu, make sure korang baca review pembeli. Baca dan buat penelitian sama ada barang seller tu berkualiti ke tak, masa penghantaran lambat atau cepat dan tengok berapa rate buyers bagi sebelum ni.
Haa.. Mudahlah lepas ni korang nak shopping online. Korang ikut je tips yang Sis Anum share ni. Nak shopping biarlah korang puas hati dan barang yang dibeli tu dapat sama macam dalam gambar ye!
Anumkhairil
Share:

16 comments:

  1. betul tu..kite selalu baca review pembeli sebelum beli

    ReplyDelete
  2. hhaha... terhibur dengan selingan gambar2 GIF tu....

    ReplyDelete
  3. Baca review tu wajib. Kalau tak baca, peluang dapat barang yang tak sama macam gambar dan desc amatlah cerah.

    ReplyDelete
  4. Selalu beli tak boleh pakai sbb kecik... Baju plak tak sama dan macam Macam lagi laaa

    ReplyDelete
  5. saiz baju senang nak beli. saiz kasut selalunya yg kak salah beli. hahahaha

    ReplyDelete
  6. Tak berani beli pakaian online. takut tak kena size. meroyan nanti

    ReplyDelete
  7. betul tu kena baca review kalau beli online ni kan, nice tips Anum tq so much :)

    ReplyDelete
  8. tq sharing. betul gak kan segala tips ni hehe. best baca

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG