Nov 29, 2019

, , ,

Renungan Jumaat : REZEKI BUKAN HANYA PADA DUIT ... INI 10 JENIS REZEKI ALLAH SWT UNTUK SETIAP MANUSIA DI MUKA BUMI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Image result for REZEKI BUKAN HANYA PADA DUIT
Rezeki Bukan Hanya Pada Duit. Ini 10 Jenis Rezeki Allah Untuk Setiap Manusia Di Muka Bumi
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk
Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah SWT beri kepada setiap manusia.
Masing-masing hanya nampak wang Ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. 
Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki.
Tapi sebenarnya, tanggapan ini salah dan amat jauh menyimpang, dan persepsi ini perlu segera diubah
Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Namun begitu, ini bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih.

Fahami 10 jenis rezeki dari Allah SWT di bawah:
1. Rezeki Yang Telah Dijamin

Setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing di dunia ini.
2. Rezeki Kerana Usaha atau Kerja

Lebih banyak usaha, Insha Allah lebih banyak rezeki seseorang.
3. Rezeki Kerana Bersyukur

Bersyukurlah setiap hari dengan segala apa yang kita ada sebelum kita kehilangan semuanya.
4. Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

Pernah dapat rezeki yang tak terduga? Contohnya seperti kawan belanja makan, dapat panggilan kerja yang kita tak harapkan, dan macam-macam lagi. Mesti pernah, kan?
5. Rezeki Kerana Istighfar

Ucapan 'Astaghfirullahal'azim' itu sangat powerful untuk kita amalkan.
6. Rezeki Kerana Menikah

Jangan takut untuk berkahwin. Allah SWT sudah menetapkan rezeki untuk kamu.
7. Rezeki Kerana Anak

Lebih ramai anak, lebih banyak limpahan rezeki.
8. Rezeki Kerana Sedekah

Setiap harta yang kita miliki pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan.
9. Rezeki Kerana Keberkatan Pagi

Bangun pagi, solat Subuh, dan bergegaslah menunaikan ibadah kerja demi mencari rezeki kerana Allah SWT.
10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

Silaturrahim sesama manusia hendaklah dijaga sebaik-baiknya.
By Farouq Johari 




Anumkhairil
Share:

26 comments:

  1. setuju, ada pelbagai jenis rezeki untuk kita semua kan ^_^

    ReplyDelete
  2. semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki yg memberi manfaat kepada kita.. aminn

    ReplyDelete
  3. Semoga kita dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjagan. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk. Moga kita semua sentiasa dipermudahkan dalam apa juga urusan yang dilalui.

    Saya follow sini.

    ReplyDelete
  5. Moga kita semua sentiasa di bawah rahmatNYA.. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. betul3... rezeki ni ada bnyk cara... yg penting kena syukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat selalu ada org lebih susah daripada kita

      Delete
  7. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Jangan dengki dengan rezeki orang lain.

    ReplyDelete
  8. Syukur dengan rezeki Allah bagi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian tazkirah ini...

    ReplyDelete
  10. Tetapi kita lebih nampak rezeki itu datang daripada duit. Sebenarnya ianya lebih besar kan. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  11. rezeki kita Allah dah susun dan tetapkan sejak dari azali lagi...insya'Allah

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG