Nov 15, 2019

, , , ,

Renungan Jumaat : Menghadapi Ujian Daripada Allah SWT Dengan Tenang Dan Redha

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Image result for Menghadapi Ujian Daripada Allah SWT Dengan Tenang Dan Redha
MENGHADAPI UJIAN DARIPADA ALLAH SWT DENGAN TENANG DAN REDHA
Setiap manusia yang Allah SWT cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah SWT uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang..
Allah SWT menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah SWT hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Allah SWT Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah SWT beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.

Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah Allah SWT telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah SWT tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah SWT tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah SWT berikan ujian itu ke atas diri kita.

Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah SWT kepada kita sebagai hambaNya.

Allah SWT menguji seseorang bukan kerana Allah SWT benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah SWT sangat kasih kepada kita.

Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah SWT telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah SWT yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?

berdoalah kepada Allah SWT, Allah SWT lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.

Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah SWT.
Selalu diingatkan yang Allah SWT tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah SWT itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.

Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.

Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah SWT sayang padanya.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah SWT.

 Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Oleh Muhamad Naim

Share:

14 comments:

  1. Semoga kita yg menerima ujian akan tabah dan doa selalu 🤲🤲
    Serta bersangka baik.... Aminnnn

    ReplyDelete
  2. Ujian tu datang pada orang-orang yang kuat sebagai satu hadiah dari yang maha Esa . Semoga kita terus kuat menempuh apa pun ujian yang datang .

    ReplyDelete
  3. satu peringatan yang baik di pagi jumaat ni. Semoga kita terus bersangka baik terhadap segala ujian yang kita terima.

    ReplyDelete
  4. sekali sekala ditimpa musibah bagus juga untuk memantaplan iman

    ReplyDelete
  5. solat tu jangan tinggal biarpun tgh sakit.

    ReplyDelete
  6. Dia tak saja2 uji kita. jadi tabahla jiwa2 yang teruji..
    Dia sayang tu..

    ReplyDelete
  7. Thank you for sharing...semoga tabah.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG