Nov 19, 2019

, , ,

5 Perkara Yang Korang Patut Take Note Sebelum Manjakan Pasangan Dengan Kemewahan.

Assalamualaikum semua
Selamat Petang
Korang mesti pernah terbaca mengenai couple yang suka manjakan pasangan mereka dengan kemewahan contoh macam beg tangan berjenama takpun smartphones keluaran terbaru. Sayang betul mereka ni dekat pasangan masing-masing sampai sanggup berhabisan duit walaupun takde ikatan yang sah.
Tapi, wajar ke korang nak spend sampai macam tu sekali dekat si dia yang belum ada ikatan sah? Haa..Ini yang korang boleh buat supaya tak terbiasa nak bagi kemewahan dekat kekasih hati.

1. Fikir Masa Depan

Boleh jamin ke si dia yang korang sayang tu akan jadi pasangan hidup sampai mati nanti? Bukan apa, takut korang dah melabur sakan dekat si dia, last-last kena tinggal. Naya wei!
Lagi baik simpan duit untuk kegunaan korang. At least, kalau ada emergency yang perlukan duit, korang dah ada simpanan. Boleh sekali-sekala nak belanja si dia, cuma berpada-pada ye!

3. Asal Merajuk, Bagi Hadiah

Jangan sesekali biasakan bila pasangan merajuk korang pujuk dengan bagi hadiah. No! Kalau dah terbiasa, pasangan korang confirm akan selalu merajuk sebab yakin korang akan pujuk dengan kebendaan. Lama-lama, si dia boleh jadi orang yang materialistik tau!

3. Ikut Kemampuan

Cuba faham betul-betul tahap kemampuan dan kewangan korang. Kalau kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, janganlah korang seksa diri tak makan dan tak minum asalkan si dia dapat apa yang diinginkan. Jangan sebab sayang, korang sakit. Ikut kemampuan untuk treat kesayangan tu dengan hadiah yang mahal-mahal ye!

4. Jangan Berhutang

Trend sekarang ni, asal birthday je mesti kena bagi hadiah Iphone tak pun kereta mewah. Ada yang sampai sanggup berhutang sana sini semata-mata nak penuhi keinginan pasangan. Janganlah bertindak macam tu sebab yang bayar hutang tu bukan orang lain, korang juga nanti.

5. Jangan Berjanji

Tapi, you dah janji nak belikan I beg Gucci limited edition tu….
Dah berjanji mesti kena tunaikan. Sebab tu, kalau rasa tak mampu nak tunaikan janji jangan berjanji sakan. Kalau boleh, jangan amalkan berjanji ni melainkan memang betul korang mampu buat.
Tak salah nak manjakan pasangan korang dengan benda-benda mewah ni, tapi kena berpada-pada. Melainkan korang ada duit tak habis makan 20 keturunan pun, lantak korang lah nak beli banglo sebiji pun takpe!
Share:

12 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG