Anum suka singgah dan baca entry beliau kerana kebanyakan entry beliau berkongsi tentang isu-isu semasa serta perkongsian ilmu. Cara penulisan beliau mudah difahami serta menarik minat pembaca untuk terus membaca. Isi kandungan setiap posting entry beliau sangat kreatif dan menarik.  Beliau juga tidak kedekut ilmu, pernah sekali anum bertanya pada beliau tentang blog, beliau sudi menjawap sambil mengajar . Bukan senang kita nak cari blogger yang terkenal x sombong dan rendah diri.. hehe
Apalagik nak komen ya..
Blog HH juga banyak berkongsi tentang percutian atau tempat2 menarik di malaysia.
Blog HH ini dah macam sifu bagi blogger terutama blogger yang baru berjinak dalam dunia blog.
Bukan itu sahaja senang cerita kalau sesiapa yang singgah di blog HH pasti dapat sesuatu yang berguna. Blog HH juga ada menyediakan tutorial dunia blog.
Apa yang Anum kagum dan bangga dengan HH kerana beliau merupakan blogger sepenuh masa tau. Jangan x percaya ya. Semangat dan keinginan membuatkan beliau berjaya sehingga sekarang.
Ok bagi Anum mengenali HH walau hanya dalam media sosial tidak menjarakkan atau membezakan kerana beliau sangat baik hati dan yang penting x lokek ilmu..

So apa lagikk... Jom la join n support