Oct 29, 2019

,

Udang Galah Masak Lemak Tempoyak

Assalamualaikum semua
Moga sihat hendaknya dan ceria sahaja sepanjang hari ini.
Hari ini anum nak share resepi gulai lemak tempoyak udang galah
Jemput jamu mata dengan hidangan Udang Galah Masak Lemak Tempoyak ye!
 Bahan-bahan:
1kg udang galah - bersihkan
3 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - siat-siat
garam / perasa pilihan

Bahan kisar / tumbuk:
4 sudu besar tempoyak
segenggam cili padi kampung (ikut suka nak pedas) 
5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2cm halia
 Udang galah ini datangnya dari Sungai perak, bukannya udang galah yang diternak. Kalau dahulu senang nak dapat bekalan udang galah, tapi sekarang sangat terhad. Itu pun kalau ada rakan sekerja yang tolong orang kampungnya jual, dapatlah bekalan udang galah segar. Biasanya kalau beli di pasar, kepala udang sudah tercabut dan warna kemerahan. Katanya, udang galah itu hasil tangkapan dengan cara menuba.
Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai.
2. Masak dengan api sederhana.
3. Kemudian masukkan udang galah, dan terus kacau 3-4 minit atau sehingga udang galah masak.
4. Masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur. 
 tempoyak bekalan my mom ni
  Udang Galah Masak Lemak Tempoyak siap!
 ada setengah org suka letak santan
Anum x berapa suka so terpulang pada selera masing2 ya
 jemput makan 
alhamdullilah 
Bismillah.
Share:

16 comments:

  1. Aduhai....pepagi tgk menu anum ni...
    meleleh air liur tgh kursus ni

    ReplyDelete
  2. Wah, rajin betul akak masak, hari-hari terliur bila tengok post akak kat fesbuk.. hihihi nasib baik kita tak reti masak, kalu tak mesti akan copy paste resipi akak hari-hari.. hihi

    ReplyDelete
  3. kena sangat dah la Anum udang galah dengan cik tempoyak tu hehe paduuu :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya....
    Akak kalau masak daun kunyit tu diracik-racik.... lepas ni boleh masuk gitu ajerlah....
    Racik2 ini leceh....

    ReplyDelete
  5. lama xmakan masak lemak mcm ni.. udang galah besar puas makan

    ReplyDelete
  6. saya suka tempoyak. nampak sedap masak lemak ni

    ReplyDelete
  7. ya Allah sedapnya. memang fevret udang n tempoyak =D

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG