Renungan Jumaat : Cara Untuk Meninggalkan Kejahatan

, , 12 comments
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
CARA UNTUK MENINGGALKAN KEJAHATAN 
Image result for Cara Untuk Meninggalkan Kejahatan
Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan.

Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat.

Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan.

Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya. 

Cara mengurangkan masa menggunakan telefon bimbit  ialah dengan membaca Al Quran. 

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan  berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.  

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

Sumber : Ustaz Pahrol Muhamad Juoi

12 comments:

  1. Alhamdulillah.. TQ atas perkongsian Anum..sgt bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. Niat dalam diri untuk buat baik dan perbaiki diri setiap hari. InshaAllah semuanya akan baik-baik

    ReplyDelete
  3. Betul. Cara lain lagi, dekatkan diri dengan orang yang baik. Tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Tq anum atas perkongsian.. maaf anum lama kakya tam singgah sini. Busy takdan nak BW. Anum sellau singgah blog KakYa .. rini kebetulan ada masa KakYa BW sini. Tq tau masih sudi terjah blog kakya dari dulu hingga sekarang. Anum antara pengomen yang tak oernah hilang dari blog KakYa dari dulu. Tq so much dear.

    ReplyDelete
  5. Semoga hari ni dan hari2 esok lbh baik dari semalam..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih