Holiday Villa, Subang

, , 10 comments
Assalamualaikum
Hari ini Anum nak share satu hotel yang best
Anum & hubby menginap di Hotel Ini selama 3hr 2 malam memandangkan kami akan menyertai pertandingan Dart Malaysian Open 2019
Sebagai peserta kami dapat tawaran yang sangat berbaloi
Semalam RM170 termasuk sarapan

Kami bertolak dari rumah seawal jam 7.30am, sampai sahaja diHotel terus dapat check in sebab kami peserta kejohanan, kemudian kami di bawa ke bilik kami tingkat 7. Sempat gak Anum borak-borak dengan uncle butler yang bawakan beg ktorang ni. Rupanya dekat 20 tahun dia dengan Holiday Villa ni daripada kerja-kerja berat hingga kerja ringan semua dia dah rasa. Sememangnya dia happy bekerja di sini katanya. Alamak, boleh terlupa plak amik gambar uncle tuh.

Yeah, selamat datang ke bilik 709. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam ek
 katil queen size
 Bilik yang sangat besar
 ada workstation gak tau
 almari pakaian yang besar
 mau berendam gak kat bathtub ni
 tandas yang sangat luas
 nampak x keluasan
 seperti biasa toiletry
 hair dryer
 coffee
untuk kami sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan 
Lain kali kalau ada budget lebih nak gak bercuti di rangkaian hotel under Holiday Villa 


10 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih