Oct 30, 2019

, , ,

Arissa Zahra & Aaira Zeina

Assalamualaikum semua
Hari ini Anum ada program selama 2 hari
so akan bz x sempat nk lawat blog kawan2 ya
sebelum memulakan tugas Anum nak share wajah2 kesayangan Anum
 Aaira Zeina
 ada je idea dia
 last week pg pameran buku
 Arissa Zahra
 Gelagat dua beradik nie buat Anum selalu geram
 Semalam cuti mereka lepak rumah Anum
 bukan main santai lagi dua beradik ni
 sebelum balik lepak ngeteh
adik kesayangan, ini la ibu kepada dua beradik
tempat kami bermanja dengan anak2 mereka
Ok , sambung kerja ya
Share:
Read More

Oct 29, 2019

,

Udang Galah Masak Lemak Tempoyak

Assalamualaikum semua
Moga sihat hendaknya dan ceria sahaja sepanjang hari ini.
Hari ini anum nak share resepi gulai lemak tempoyak udang galah
Jemput jamu mata dengan hidangan Udang Galah Masak Lemak Tempoyak ye!
 Bahan-bahan:
1kg udang galah - bersihkan
3 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - siat-siat
garam / perasa pilihan

Bahan kisar / tumbuk:
4 sudu besar tempoyak
segenggam cili padi kampung (ikut suka nak pedas) 
5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2cm halia
 Udang galah ini datangnya dari Sungai perak, bukannya udang galah yang diternak. Kalau dahulu senang nak dapat bekalan udang galah, tapi sekarang sangat terhad. Itu pun kalau ada rakan sekerja yang tolong orang kampungnya jual, dapatlah bekalan udang galah segar. Biasanya kalau beli di pasar, kepala udang sudah tercabut dan warna kemerahan. Katanya, udang galah itu hasil tangkapan dengan cara menuba.
Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai.
2. Masak dengan api sederhana.
3. Kemudian masukkan udang galah, dan terus kacau 3-4 minit atau sehingga udang galah masak.
4. Masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur. 
 tempoyak bekalan my mom ni
  Udang Galah Masak Lemak Tempoyak siap!
 ada setengah org suka letak santan
Anum x berapa suka so terpulang pada selera masing2 ya
 jemput makan 
alhamdullilah 
Bismillah.
Share:
Read More

Oct 25, 2019

, , ,

Renungan Jumaat : Memelihara Diri Dan Keluarga Daripada Api Neraka

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Image result for Memelihara Diri Dan Keluarga Daripada Api Neraka
MEMELIHARA DIRI DAN KELUARGA DARI API NERAKA

Tafsir Al-Quran Surah At-Tahrim : 6
Firman Allah SWT,
“ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah SWT terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang di perintahkan ”. (At-Tahrim 006)

Huraian ayat
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memerintahkan orang-orang yang beriman supaya memelihara diri dan keluarga daripada api neraka iaitu dengan menyuruh mereka mentaati perintah Allah SWT, bertaqwa kepada-Nya, melakukan kebaikan serta menjauhi segala kemungkaran.

Ayat ini ditujukan kepada ketua keluarga iaitu suami atau bapa. Di antara tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga ialah,

a. Memberi pendidikan agama kepada seluruh ahli keluarga.
Menurut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, adalah wajib bagi seorang suami untuk memberi ilmu pengetahuan agama kepada isteri dan anak-anaknya di masjid atau pun surau yang ada kelas-kelas pengajian agama.

Jika suami tidak melaksanakan tanggungjawab ini sehingga membiarkan seluruh ahli keluarganya dibelengu dengan kejahilan, maka suami telah melakukan dosa besar dan dianggap sebagai pengkhianat kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah saw,

"Tidak ada seseorang yang berjumpa Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar melainkan seorang suami yang mejahilkan ahli keluarganya."
Dalam sebuah hadis yang lain, ,

"Takutlah kepada Allah SWT dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa yang tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan ilmu agama kepadanya, maka dia telah melakukan khianat kepada Allah dan juga Rasul-Nya."
Di antara ilmu yang wajib diajar kepada isteri dan anak-anak ialah ilmu akidah bagi mengelakkan diri mereka dari syirik. Kemudian ilmu fekah seperti cara bersuci, cara mandi wajib, cara solat, puasa dan jenis-jenis darah yang keluar dari kemaluan perempuan.

Seterusnya ialah ilmu tasawuf seperti ikhlas, sabar, redha, syukur,qanaah, warak dan sebagainya.

Seorang suami atau bapa hendaklah tegas dalam mendidik isteri dan anak-anaknya. Jangan menurut kehendak mereka yang berunsur maksiat dan di luar kemampuan. Seandainya mereka masih berdegil bolehlah dipukul untuk mengajar.

b. Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu.
Firman Allah SWT,

“ Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan Bersabarlah kamu dalam mengerjakannya… ” (Ta-Ha 132)

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda,
Maksudnya : “ Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka apabila berumur sepuluh tahun”. (HR Abu Daud)
Menurut Ibnu Taimiyah, seorang bapa tidak harus mengahwinkan anak perempuannya dengan mana-mana lelaki yang meninggalkan solat, kerana pada hakikatnya dia bukanlah seorang Islam yang sebenar.

Seorang ulama besar Islam, Prof. Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya menjelaskan, mereka yang meninggalkan solat hilanglah hak persaudaraan dalam Islam. Dalilnya ialah firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 11,

“ Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, Maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama….(11)

Manakala Sheikh ‘Atiyah Saqar (1914-2006) seorang ulama besar Islam yang mengarang kitab al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam” ketika ditanya tentang hukum orang yang berpuasa tetapi tidak menuaikan solat maka beliau menjelaskan dalam fatwanya;

“Barangsiapa yang berpuasa tanpa menunaikan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, berdasarkan pertunjuk daripada hadis-hadis Nabi saw, maka puasanya tidak diterima oleh Allah SWT.
Dalilnya,

“Sesungguhnya amalan yang pertama dihitung pada hari kiamat ke atas seseorang Islam itu ialah solat fardhunya".(HRTirmidzi)

Menurut Mazhab Syafie, orang Islam yang pernah meninggalkan solat dengan sengaja, maka hendaklah mereka melakukan dua perkara iaitu bertaubat dan mengqadak semula solat yang ditinggalkan.

Tidak memadai jika hanya sekadar mengqadak solat tanpa bertaubat atau hanya bertaubat tanpa mengqadakkannya.

Jika seorang suami atau bapa sendiri gagal menuanaikan solat fardhu, maka anak atau isteri wajib mengingatkan bapa atau suaminya dengan penuh hikmah. Kewajipan ini berdasarkan hadis,

“"Barangsiapa diantara kalian melihat sesuatu kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia masih tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim)
Jika sudah diingatkan tetapi bapa atau suami masih enggan, maka terlepaslah sudah tanggungjawab anak dan juga isteri.

c. Mencari nafkah yang halal
Firman Allah SWT,

“ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, (Al-Baqarah 188)

Dalam ayat ini Allah SWT melarang mengambil harta dengan cara yang batil seperti khianat, pecah amanah, rasuah, penyalah gunaan kuasa, pilih kasih, mencuri atau merampas, membuat tuntutan palsu, curi tulang, ponteng kerja dengan menunjukkan mc palsu dan khianat.

Sabda Rasulullah saw,
“Dan setiap hamba yang dagingnya tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Seorang ketua keluarga jangan merungut dalam usaha mencari rezeki yang halal kerana kesusahan mencarii rezeki yang halal itu adalah kafarah daripada Allah SWT untuk mengahapuskan dosa-dosanya.

Dalilnya daripada Abi Salmah bin Abi Hurairah r.a,
“ Diantara begitu banyak dosa, ada sejenis dosa yang tidak dapat dikaffarah dengan solat, puasa, haji dan umrah. Seorang sahabat bertanya Rasulullah, apakah amalan yang dapat mengkifarahkannya ya Rasulullah ? Nabi bersabda : Dosa itu dapat dihapus oleh kesusahan dalam mencari nafkah hidup ”.

Hari ini ramai anak-anak yang menjadi nakal, derhaka kepada ibu bapa, melawan guru-guru di sekolah merosakkan harta awam, melakukan pecah rumah, mencuri dan sebagainya. Banyak faktor kenapa berlakunya hal demikian.
Salah satu faktornya ialah kemungkinan si bapa menyuapkan makanan yang haram ke mulut anak-anaknya.

Dalam Islam memberi makan kepada anak-anak hendaklah bermula sejak anak itu di dalam kandungan ibunya lagi. Jika ibu memakan makanan yang haram serta dari sumber yang tidak sah dan diragui maka susu ibu yang diberikan kepada anak-anak itu nanti akan mempengaruhi watak dan perangai anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

d. Tidak boleh membiarkan ahli keluarganya melakukan maksiat dan kemungkaran
Sebagai ketua keluarga hendaklah bersifat tegas terhadap isteri dan anak-anaknya apabila mereka melakukan kemungkaran. Mana-mana suami yang tidak ada perasaan marah dan sakit hati apabila melihat kemungkaran yang berada di bawah tanggungannya, dia dikira sebagai suami yang dayus dan berdosa besar.

Rasulullah saw memberi amaran kepada mana-mana suami atau bapa yang dayus. Sabda baginda saw,

“ Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( HR Ahmad )

Orang yang dayus bukan sahaja diharamkan syurga untuknya malah untuk cium bau syurga pun tidak boleh, sedangkan bau syurga itu boleh dihidu sejauh perjalanan 40 tahun.
Banyak sebab seseorang suami atau bapa itu boleh menjadi dayus. Antaranya membiarkan atau menggalakkan isteri dan anak-anak gadisnya keluar rumah tanpa menutup aurat. Firman Allah SWT,

“ Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka melabuhkan tudung-tudung mereka kedada-dada mereka…” (Surah An-Nur : 31)

Begitu juga adalah dayus mana-mana suami atau bapa yang memberi keizinan kepada isteri dan anak-anak gadisnya untuk menyertai pertandingan nyanyian, tarian, ratu cantik, ratu kebaya yang mana kesemua pertandingan ini mempamerkan aurat dan kecantikan isteri dan anak gadisnya kepada jutaan manusia yang bukan mahram.

Adalah dayus mana-mana bapa yang membiar atau membenarkan anak-anak gadisnya keluar rumah dengan mana-mana lelaki yang bukan mahram tanpa ditemani oleh mahram yang dipercayai. Walaupun mereka keluar dengan lelaki yang sudah menjadi tunangya.
Dalam Islam bertunaang bukanlah lessen untuk membnarkan anak-anak gadis keluar bebas dengan lelaki tuangannya. Banyak terjadi hari ini anak-anak gadis yang mengandung sebelum berkahwin akibat di rosakkan oleh lelaki yang menjadi tunangannya.

Pada ayat 6 Surah Tahrim Allah SWT menyatakan khazanah neraka itu terdiri daripada tubuh badan anak Adam yang kufur yang kufur dan batu berhala atau patung yang dijadikan bahan sembahan orang-orang kafir.

Dan api neraka itu di jaga, di kawal rapi oleh malaikat yang sama sekali tidak pernah mengingkari perintah Allah SWT. Mereka adalah malaikat yang bersifat kasar, bengis, dan garang serta tidak ada perasaan belas kasihan pada diri mereka.
Sumber : Abu Sofeya
Tazkirah Jumaat
Di Masjid Sikamat
Pada 5 Ogos 2011.


Share:
Read More

Oct 24, 2019

Oct 23, 2019

,

Wordless Wednesday #16/19

Assalamualaikum & Very Good Moning
On Wednesdays all over the internet,
bloggers post a photograph with
no words to explain it on their blog
Hence the ‘wordless’ title.
The idea is that the photo itself says
so much that it doesn’t need any description
 bila badan x sihat, nasib baik ada ubat
cantik sangat view
Share:
Read More

Oct 22, 2019

, ,

10 ways to calm a class after lunch or recess

Hi all
Good Evening
Just share with all
After recess or lunch can be one of the toughest times to transition back into instruction. Often the kids are so wound up that it takes 10 minutes (or more) to get everyone ready to learn again, and with the amount of curriculum we need to teach during the school day, that’s 10 minutes we can’t afford …
Principal: Growth Mindset Is Making a Difference at Munford Elementary | Blog | Alabama Best Practices Center
Share:
Read More
,

Jom memasak

Assalamualaikum semua
Selamat pagi isnin
Hari ini Anum nak share masakan kami
 Masak ikan sambal
 sambal tempoyak
ikan singgang
 Masak bubur nasi
  hidangan khas utk hubby 
 alhamdullilah
 semoga hubby cepat sembuh
 semalam masak udang galah
 nasi 
 besar kan.. udang galah sg perak
 bahan2
 bawang putih
 cili kisar
 udang masak sambal petai
nyum2 rezeki dr teluk intan perak
Share:
Read More

Oct 18, 2019

, , , ,

Renungan Jumaat : Cara Untuk Meninggalkan Kejahatan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
CARA UNTUK MENINGGALKAN KEJAHATAN 
Image result for Cara Untuk Meninggalkan Kejahatan
Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan.

Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat.

Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan.

Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya. 

Cara mengurangkan masa menggunakan telefon bimbit  ialah dengan membaca Al Quran. 

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan  berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.  

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

Sumber : Ustaz Pahrol Muhamad Juoi

Share:
Read More

Oct 17, 2019

, ,

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN ANTARA AGENSI MITI 2019

Assalamualaikum semua
Last weekend kami ada Majlis Penutupan Sukan Antara Agensi MiTi 2019
Ianya diadakan dekat Stadium UiTm Shah Alam
Jom layan gambar2 kami
Majlis kemuncak iaitu Majlis Penutup Kejohanan Sukan Antara Agensi MITI 2019 bersempena dengan Bulan Sukan Negara MITI dan Agensi 2019 yang akan dirasmikan oleh YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
 Seperti sedia maklum, majlis ini juga turut berlangsung kejohanan sukan seperti perlawanan akhir Bola Sepak (SIRIM menentang MPC) dan juga acara Olahraga. 
 Kontinjen Perbarisan Matrade
 kalau korang hebat cuba cari Anum
 Hanya Matrade semangat dalam perbarisan
 sebelum acara dimulakan
 Lurus sahaja Matrade

 Cantik x baju2 kami
 Segak bergaya
 Biar la perbarisan lain x kemas asalkan kami kemas 

 masuk ke padang rumput
 selepas habis perbarisan
 akhirnya kami dinobatkan sebagai champion perbarisan  
 ini la hasil yang kami dapat
 semua happy atas kemenangan 
 horeyyyyyyyyyy 
 no. 1   
 lucky draw matrade dapat   
 yang penting kami champion dart
 alhamdullilah , yang penting dart tetap kami  bertahan :)
 nampak x muka happy ... hahha game lain x pe x menang
 ini la ketua pasukan dart matrade 
pengakhiran yang berbaloi
Share:
Read More

NUFFNANG