Renungan Jumaat : Jangan Melihat Seseorang Dari Masa Silamnya

, , 14 comments
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Image result for Jangan Melihat Seseorang Dari Masa Silamnya
JANGAN MELIHAT SESEORANG DARI MASA SILAMNYA

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang wanita pelacur akhirnya diberi taufiq untuk bertaubat kepada Allah SWT disebabkan ihsannya memberi minum kepada seekor anjing.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ahli sihir Firaun yang berkumpul untuk melawan Nabi Musa, kesemua mereka akhirnya beriman kepada Allah SWT.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam Rasulullah saw iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah SWT pun akhirnya menjadi pedang Allah SWT (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ramai ketua perompak dan penyangak berubah menjadi wali Allah SWT seperti Fudhail bin Iyadh dan Bisyir al-Hafi.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang peminum arak berubah menjadi alim yang warak iaitu Malik bin Dinar.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah SAW melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Jangan memandang orang dari darjat kedudukan kerana seorang lelaki dari Yaman yang masyarakat meminggirkannya dengan menganggap dia sebagai orang gila rupanya diberitahu Rasulullah SAW bahawa namanya terkenal di langit iaitu Sayyidina Uwais al-Qarni.

SubhanaAllah...

Semoga Allah SWT memberikan kita petunjuk dan hidayahNya untuk memburu redhaNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan Rahmat Allah SWT. Aamiin..




MARI KITA RENUNG-RENUNGKAN

Dicatat oleh cahayahidupku.blogspot.my 

14 comments:

  1. manusia macam kita, yang imannya senipis apa. sering melihatkan dan sangat peduli tentang masa silam seseorang. bukan mahu tahu untuk jadi wira, tapi mahu tahu sekadar menjatuhkan suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhi manusia yang sentiasa berfikiran negatif

      Delete
  2. manusia takdak yg sempurna. past is past. berhenti judge org dgn masa lampau. pandang dia dengan diri dia skrg

    ReplyDelete
  3. Setiap kita manusia ada masa silam.Paling penting penghujung hayat kita.

    ReplyDelete
  4. manusia juga buat kesilapan. mereka bukan maksum. yang penting pengakhiran kita bagaimana

    ReplyDelete
  5. ye, betul. yang lepas biarkan berlalu

    ReplyDelete
  6. Jadilah manusia yang lebih baik dari hari ke hari

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih