Renungan Jumaat : Al Quran - Ad Dukhan Amaran Allah SWT

, , 13 comments
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Al Quran: Ad-Dukhan Amaran Allah SWT
Image result for Al Quran - Ad Dukhan Amaran Allah SWT
Al Quran dianalogikan sebagai ‘road map’ untuk menuju kepada pencipta kita, iaitu Allah SWT.

Di dunia ini, kita sentiasa sesat dengan pelbagai dugaan hidup yang penuh jalan hitam.
Oleh itu, Al Quran bertindak sebagai kompas petunjuk jalan menuju peta di bumi dalam meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Hanya hamba yang beriman mampu mengaplikasi ‘road map’ berlandaskan cara hidup Islam yang sebenar.

Dari Usman bin Affan radhiallahu ‘anhu, Rasulullah SAWﷺ bersabda,
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengamalkannya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Mari kita mengenali surah ad-Dukhan yang merupakan surah ke-44 dalam al-Quran dan mengandungi 59 ayat.

Surah ini tergolong dalam surah ‘makkiyah’ dan dinamakan Ad-Dukhan kerana perkataan Ad-Dukhan yang terdapat dalam ayat 10 bermaksud kabut, jerebu ataupun asap.

 Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)

Surah ini mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT telah menimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang amat dahsyat.

Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:
Orang-orang kafir Makkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam, dengan menyakiti dan mendurhakai Nabi Muhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah SWT ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda SAW dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.

Mereka selalu menadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerebu yang menutupi pandangan mereka.
Akhirnya mereka datang kepada Nabi SAW, agar Nabi memohon kepada Allah SWT supaya hujan diturunkan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi SAW dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah SWT menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.

Suasana alam akhirat juga telah digambarkan seperti dalam ayat 40 hingga ayat 59 daripada surah ini.

Terjemahan ayat tersebut dengan sendirinya sudah terang lagi bersuluh gambaran kepada kita apa yang akan berlaku di akhirat nanti.

Betapa gerunnya kita dengan bekalan yang tidak seberapa dan sewajarnya dijadikan pemangkin dalam beribadat kepada-Nya.

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya.”

13 comments:

  1. seram juga baca kisah ad dukhan yang dikongsikan di facebook. semoga kita semua dilindungi dan sentiasa mengisi ruang yang ada dengan kebaikan

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua berada dikalangan org yg beriman dan jauh dri zaman dajjal

    ReplyDelete
  3. jerebu ni pun mcm tanda2 Ad Dukhan tu. Semoga kita dilindungi Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  4. moga jerebu cepat berlalu..dan kita di jauhkan dr bencana alam..
    TQ for sharing Anum..

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ini anum.. lama tak singgah sini.. thank you masih lagi teringat nak jenguk blog TB..

    ReplyDelete
  6. Terimakasih kak, Semoga kita selalu dalam lindungan Allah, SWT.

    ReplyDelete
  7. allahu seram... semoga kita semua dilindungiNya

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih