Sep 18, 2019

, , ,

EKSPEDISI JELAJAH TAMAN NEGARA ROYAL BELUM 2019 (23-25 OGOS) Part 7

Assalamualaikum semua
Pagi ini masih bersiaran entry Royal Belum
Jom kita sambung lagi
 next kita ke Santuari Ikan, Air Terjun Ruok
 Setiap kali mendaki, Kami sangat tertarik dengan keindahan flora yang ada. 
  Di sini tanah agak lembap dek kerana hujan di malam hari. 
 Bau daun, pokok dan tanah yang lembap sangat menenangkan fikiran.
 keindahan yang tiada tandingan
 Dalam hutan ini takut sikit. Tidak boleh dibayangkan. Jadi, batang pokok, dahan yang dipaut perlu kita perhatikan supaya selamat. Mana tahu terpegang apa-apa yang tidak sepatutnya. Lari tidak cukup tanah nanti. Atau pun boleh jadi bahaya sekiranya kita berpaut pada dahan yang tidak kuat.
 tiada sebarang ganguan
 ini la kita harus jejaki
 tiada kata lain yang dapat dikatakan lagi
Tiada apa yang lebih menenangkan di Royal Belum ini apabila melihat ikan-ikan bebas berenang menikmati makanan yang kita berikan. 
Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini.  
 Apabila tiba, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan. 
 sesi bagi ikan makan
 semua happy
 after puas bagi ikan makan jom kita mandi
Menarik di sini terdapat banyak anak ikan. 
 Maksud Anum ikan-ikan yang naik ke sini untuk melakukan aktiviti meramaikan ikan-ikan yang ada. 
 Dimaklumkan bahawa ikan yang ada di sini ialah ikan Kelah. 
 Betul lah ejanya macam itu. Hahaha. Apabila dicampakkan makanan ikan, berebut semua ikan-ikan yang ada.
Alang-alang sudah terbasahkan kaki bagi ikan makan, masuk terus dalam air basahkan satu badan. 
 Air terjun di sini sejuk yang amat. 
 Dasar air berpasir lembut. 
 Air Terjun Ruok ini lebih deras berbandingkan air terjun sebelum ini. 
 Terasa ingin ambil pelampung dan meluncur dari atas lalu terjun ikut air terjun. 
 Weeeeeeee. Hahaha. Tapi menakutkan sebab air tersangat deras.
 Perlu berhati-hati ketika mandi. 
Sebelum Anum terlupa, bagi anda yang tidak pandai atau tidak yakin untuk berenang, bolehlah bawa bersama jaket keselamatan untuk bermandi-manda di kolam air terjun itu nanti. 
 Di bahagian tengah kolam air terjun memang agak dalam. INGAT! UTAMAKAN KESELAMATAN…
  Jom layan gambar kami beraksi apabila jumpa air terjun…hahahahahaha… masing-masing seperti lupa daratan.
 Happening tak Trip kami?… hihihi..
  Mata anda mesti melilau dan tangan mesti terasa gatal apabila melihat sendiri ikan-ikan kelah itu berenang-renang bebas di dalam air, memang banyak ikan kelah di santuari ini tetapi TIDAK DIBENARKAN untuk memancing dan menangkap ikan-ikan ini. 
 Jangan cuba-cuba nak tangkap ikan tu ok!.. tak pasal-pasal kena pekik dengan renjer nanti…hahahahahaha.  
 Kalau ada nasi-nasi lebih daripada houseboat, bolehlah bawa sekali nanti sebab boleh bagi ikan makan. 
 Anda tabur sahaja apa-apa di kolam itu nanti, berebut-rebut ikan makan.. dah macam ikan pirahna jer anum tengok dan sambil-sambil itu, jangan lupa untuk rendamkan kaki bagi sesi fish spa..hahahahahahaha…  
 x sah la kalau x de gambar kami
 terbaik
 gambar berdua wajib kena ada
 kenangan kan
  happy moment
  bukan senang nak dapat snap gambar macam ni hehe
Akhirnya, tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Air Terjun Sungai Ruok dan memulakan perjalanan balik ke houseboat.
Share:

8 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG