Sep 17, 2019

, , ,

EKSPEDISI JELAJAH TAMAN NEGARA ROYAL BELUM 2019 (23-25 OGOS) Part 5

Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Hari ini nak share sedikit info mengenai Hutan Royal Belum 
Kali ini Anum nak kongsi info yang sangat berguna utk anda tau sebelum jejak kaki ke sini
Dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi  menjadi destinasi  ini merupakan pilihan utama  untuk bercuti dan berehat, bayangkan dikelilingi oleh hutan yang berusia lebih 130 tahun dan merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon pastinya kunjungan korang ke Royal Belum Rainforest pastinya tidak akan menyesal. 
 Hutan yang cukup terkenal kerana memiliki pemandangan tasik dan hutan yang cukup indah dan ini antara satu destinasi pelancongan yang cukup menarik untuk dikunjungi di Negeri Perak 
Anum tahu sebenarnya tersangat lah banyak tempat untuk bercuti yang sangat menarik untuk diterokai di sekitar Negeri Perak tapi untuk  entry kali ini Anum ingin lebih focus mengenai destinasi percutian yang kian menjadi bualan buat para pelancong iaitu di Hutan Simpan Belum yang terletak di daerah Gerik Perak. 
Tahukan korang bahawa usia Hutan Royal Belum adalah lebih tua daripada Hutan Amazon di Brazil, bukti saintifik dan sejarah sukar untuk ditidakkan. Usia Hutan Belum lebih tua dari Hutan Amazon iaitu 130 juta tahun, malah kebanyakkan hutan hujan di negara kita mempunyai usia yang lebih lama dari usia Hutan Amazon. Negara kita sebenarnya menyimpan khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai. 
Memandangkan saiz hutan amazon lagi berganda-ganda luasnya daripada hutan royal belum maka sebab itulah selalu media luar menggambarkan bahawa hutan amazon adalah hutan tertua di Dunia tetapi fakta itu adalah salah. 
 Bagi yang tertanya-tanya apa aktiviti yang korang boleh lakukan sekiranya berkunjung ke Royal Belum Forest antara aktiviti menarik yang korang boleh  lakukan antaranya Tour Island, melawat kampung orang asli, mencari bunga rafflesia, Salt licks ( Sira Gajah ), tracking di hutan,menjejaki air terjun dan pelbagai lagi. 
Entry sebelum ini Anum kongsikan gambar-gambar percutian  dan aktiviti yang kami lakukan semasa berkunjung ke Royal Belum  Forest
 Untuk pengetahuan korang semasa korang berada di hutan ini semua line telefon tidak ada ya, so memang sesuai sangat dengan pencinta alam, buang sekejap semua stress dan masalah anda, enjoy view serta kehijauan disini.
Next nanti kita sambung ya
Share:

6 comments:

  1. ahahahhahah ape niiiiiiiiiiii haaa!!! gambar sama jeeee, pose je berubah dari klik kamera yang pertama sampai klik terakhir..saje je tauuu! ūü§£

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG