EKSPEDISI JELAJAH TAMAN NEGARA ROYAL BELUM 2019 (23-25 OGOS) Part 1

, , 12 comments
Assalamualaikum semua
Pagi ni nak share gambar2 sekitar xtvt kami  
Hutan Belum terletak di daerah Hulu Perak, bersempadan dengan Thailand disebelah utara dengan Lebuhraya Timur-Barat disebelah selatan dan disebelah Timur bersempadan dengan negeri Kelantan. Hutan Belum telah diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 2003. Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. 
 Kawasan seluas 117,500 hektar telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum.
Dari segi sejarah, 'Belum' nama dikatakan berasal daripada bunyi yang dipancarkan oleh serangga kayu yang berbunyi seperti “Belummm, Belummm”. 
Pada 24 Ogos yang lalu, Matraders telah mengadakan satu ekspedisi untuk melihat sendiri keindahan Royal Belum dan ternyata ia membuka mata kami tentang keluasan dan keasliannya. 
Bersempena dengan kempen Bulan Kemerdekaan 2019,Biro Kembara yang diketuai oleh Anum sendiri telah menjayakan ekspedisi ini
 Houseboat 
 view dari atas houseboat
 Haouseboat ada pelbagai jenis, bergantung pada budget anda untuk membuat pilihan
 semua muka2 teruja , mana tidaknya program yang Anum jalankan ini pasti meninggalkan pengalaman yang x akan mereka lupakan 
 dr bawah 
 Perjalanan dari jeti mengambil masa lebih kurang 4-5 jam untuk sampai ke tempat parking houseboat
 sementara nak tunggu houseboat park kita enjoy view
  
 cantiknya
 melepak di tingkat atas
 tadaaaaaaaaaaaa
 smile lupakan seketika mengenai stress
 speedboat yang di bawa
 indahnya ciptaan Allah S.W.T
 macam2 gelagat bila dah beramai
 semua gembira
 seronok sangat


Bilik (macam hostel asrama)
Meh Anum share Cara untuk ke Royal Belum:

Jika anda dari Kuala Lumpur ataupun dari utara, anda boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan terus sehingga Kuala Kangsar. Keluar di Kuala Kangsar dan gunakan jalan Kuala Kangsar-Grik-Pulau Banding. Tiba di Pulau Banding, anda akan berjumpa dengan Jeti Aman Jaya, Grik dan boleh menaiki bot untuk ke Royal Belum. Royal Belum hanya boleh diakses menggunakan bot dan dengan permit yang sah. Permit bagi warganegara Malaysia berharga RM10 manakala RM20 bagi pelancong asing. Ekspedisi anda meneroka Royal Belum juga akan ditemani oleh ranjer perhutanan. 
next nanti kita sambung ya

12 comments:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih