Aug 31, 2019

, ,

J-Born dinobat juara sulung Muzikal Lawak Superstar

Pasukan yang dianggotai Joey, Vicha dan Khir Rahman iaitu J-Born diangkat sebagai juara sulung program Muzikal Lawak Superstar (MLS 2019).

Dalam aksi pentas final yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil itu, J-Born sekali gus menewaskan tiga lagi finalis iaitu UNI, Newboh dan Botak.

Dengan kemenangan tersebut, trio berkenaan layak membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000.

Sementara itu, UNI selaku naib juara memenangi wang tunai RM75,000, manakala pemenang tempat ketiga, Newboh memperoleh RM50,000.

Satu lagi kumpulan yang menduduki tempat keempat iaitu Botak terpaksa berpuas hati dengan hadiah sebanyak RM25,000 dan kesemua finalis turut diberikan trofi iringan.

MLS 2019 diadili oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie serta dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Nabila Huda.



Share:

5 comments:

  1. tengok gak mlm td tp rasa mcm x lawak mana sgt la. huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke.. Stay x leh lawan maharaja lawak

      Delete
  2. da lama tak layan realiti show lawak macam ni...maharaja lawak jugak ek lagi best?

    ReplyDelete
  3. Terhibur juga lah tengok persembahan Jborn ni. Tahniah pemenang

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG