Renungan Jumaat : Disebaliknya Itu Ada Ujian

, , 8 comments
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
DISEBALIKNYA ITU ADA UJIAN..

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 

Diam tak diam dah masuk Bulan Zulkaedah yakni bulan kesebelas Dalam Bulan Islam.. sudah hampir sebelas bulan Kita melalui pelbagai ujian dalam kehidupan ini.. semoga Kita tergolong dalam insan yg diredhai Allah SWT..
Image result for Disebaliknya Itu Ada Ujian
Lelaki yang badannya sado, 
Allah SWT uji dengan rasa bangga 
mahu menunjukkan tubuh badan 
sehingga menampakkan aurat.

Perempuan yang rambutnya cantik, 
Allah SWT uji dengan rasa mahu free hair.

Lelaki yang wajahnya hensem, 
Allah SWT uji dengan dikelilingi perempuan² 
yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, 
Allah SWT uji dengan rasa mahu sentiasa 
kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, 
Allah SWT uji dengan rasa mahu pakai baju 
ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah SWT uji dengan rasa 
mahu acah tahu semua perkara sehingga 
abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah SWT uji dengan rasa 
dirinya saja yang betul sampai boleh 
menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, 
Allah SWT uji dengan sifat tamak, kedekut dan 
tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah SWT uji dengan pelbagai 
persoalan menafikan kewujudan Allah SWT.

Yang senang, Allah SWT uji dengan rasa ujub, 
kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah SWT uji dengan rasa putus asa 
dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah SWT uji dengan rasa 
banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah SWT uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah SWT uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah SWT uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah SWT. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah SWT ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani kehidupan berlandaskan syariat.

Ingatlah, 
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah SWT beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah SWT benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah SWT. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

# Moga kita bukan semua seperti yang diperkata di atas..

Sumber : Cahaya.blogspot.com

8 comments:

  1. Waalaikummussalam ^^ Nice sharing. Kena dengan our life. Salam Jumaat Kak Anum :)

    ReplyDelete
  2. Ujian itu tanda menambahkan pahala kita sekiranya kita redha...dah follow kat sini...

    ReplyDelete
  3. Kita semuanya diuji dengan pelbagai cara tanpa kita sedar. Sama ada kita kuat untuk bersabar hadapi setiap ujian tu atau tak, kita yang tentukannya sendiri. Apa yang pasti setiap ujian itu ada kemanisan yang telah disediakan oleh Allah swt di pengakhirannya.

    Mungkin posting saya ni boleh menjelaskannya. https://www.ahmadikatu.com/kalah-dalam-menang-itulah-hakikatnya/

    ReplyDelete
  4. Di sebalik ujian itu tersebunyi hakikat kasih sayang Allah kepada hambanya. kerana Allah tidak akan pernah menguji hambanya melampaui kemampuan hambanya itu.. Allah uji kita denagn penyakit kerana Allah rindu mendengar kita merintih padaNya memohon kesembuhan.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih