Assalamualaikum semua
Selamat petang semua
Hari ini nak share gambar2 semasa holiday di melaka
Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.
Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.
Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng.Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).
Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).
Pantai ini lebih berfokuskan kepada aktiviti santai dan lepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Anda boleh bermain layang-layang atau bersiar-siar di tepi pantai. Pasti anda akan seronok bersama keluarga.
Aktiviti Menarik di Pantai Klebang
Main Layang-layang
Menaiki Kuda Padi
Menunggang ATV
 Jalan2 di pantai terjumpa anak ketam
 masih hidup ok. Anum memnag x berani nak pengang
 macam2 gelagat hubby 
 ketam pun kena redha je haha
 ini la juru kamera kita
 wajib la kalau dah sampai dekat pantai
 kenangan kami
Satu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!
Mari kita lihat butiran kawasan ini.
Alamat : Pantai Klebang, Melaka.

Peta Lokasi : 
so apa lagi , kalau korang ke melaka jangan lupa singgah di Pantai Klebang ya
Next entry esok ya