Assalamualaikum semua
Selamat pagi
Sambung skit lagi entry melaka ya
Kalau sebut saja anda nak bercuti di Melaka, sudah tentu anda akan singgah ke Jonker Street. Mana taknya, Jonker Street adalah sebuah tempat ikonik yang tidak asing untuk pelancong asing mahupun tempatan.  
Umum sedia maklum mengenai kemahsyuran Jonker Street yang diberi penghargaan oleh UNESCO World Heritage Site sejak dari tahun 2008 lagi. 
Dengan hasil seni bina dan arkitekturnya dari abad ke-17, Jonker Street sangat terkenal di kalangan pelancong dengan hasil barangan antik, kraftangan, tekstil dan makanan jalanan.
Pasar Malam di Jonker Street dibuka pada setiap Jumaat hingga Ahad malam.  
Di sini, anda akan jumpa dengan bermacam benda untuk dijual antaranya adalah makanan viral dan enak, gelang, perhiasan diri, perhiasan rumah, baju, kraftangan dan banyak lagi. 
 Jom ikut kami jalan2 
 bergambar kenangan    
 Kami try ice tea thailand
 regular cup 
Ia benar-benar merupakan satu tempat di mana budaya dan tradisi Melaka boleh dilihat di setiap ceruk kedai-kedai kecil yang membarisi jalan ini. 
Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. 
 Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.
 Happy face
Jangan lupa untuk datang ke Jonker Walk bagi merasai sendiri suasana yang meriah di sana. Sangat sesuai dijadikan sebagai persinggahan untuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
Alamat : Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
Nombor Telefon : 06-284 8282
Waktu Operasi : Jumaat – Ahad ( 5:00 a.m – 12:00 a.m )
Peta Lokasi : boleh wave ya