Jul 19, 2019

, , , , ,

Holiday MELAKA 2019 Part 5

Assalamualaikum semua
Selamat pagi Jumaat
Pagi ni nak sambung entry melaka lagi
Melaka River Cruise sudah semestinya sudah menjadi satu tarikan utama yang sangat hebat di antara pelbagai tempat menarik di Melaka. Oleh sebab itu, anda perlu tahu apa yang menariknya di sini dan bagaimana anda boleh naiki cruise yang hebat ini.
 view yang sangat cantik 
Sedikit info ringkas mengenai Melaka River Cruise ini ialah sebelum ini sungai yang mengalir di kawasan bandar Melaka ini ialah sebagai titik pertemuan antara Timur dan Barat pada abad ke-16. 
 view matahari tenggelam
 menyeberangi jambatan
 banyak perubahan, sekarang sepanjang perjalanan dah ada cafe2
Namun hari ini, Sungai Melaka ini telah dinaik taraf menjadi satu  destinasi pelancongan yang sangat hebat. Kedua-dua penduduk tempatan dan warga asing datang ke sini untuk menikmati dan melihat sendiri pelbagai peninggalan sejarah.
Ada gereja-gereja lama, masjid, jambatan, rumah puak, gudang, kuil dan kampung-kampung dan sebagainya. 
Pendek kata anda semua wajib datang sendiri ke Melaka dan melihat sendiri keindahan sejarah disini dan sudah pasti menaiki Cruise di Sungai Melaka ini. 
Sebelum terlupa, Anum ingin kongsikan bahawa lokasi Melaka River Cruise ini telah dimasukkan kedalam Peta Tempat Menarik ini.
 cafe2 yang menyambut kedatangan pelancong 
Jika dahulu sungai Melaka ini mempunyai air yang berlumpur dan keruh, kini semuanya sudah berubaha apabila ianya dinaik taraf menjadikan ianya agak jernih dengan warna hijau zamrud. 
Bagi pelancong yang mengikuti pelayaran menaiki Melaka River Cruise ini, mereka akan dapat merasai pelbagai budaya dan sejarah negara. 
 antara seni art yang ada di dinding
 Anda juga dapat melihat pokok Melaka, di mana ianya seperti satu kisah Parameswara yang begitu terinspirasi melihat seekor tikus menendang seekor anjing. Ya, itulah satu peristiwa menjadikan nama tempat ini sebagai Melaka.
Benteng yang bersih di kedua-dua tepi sungai pula sangat menyejukkan mata. Sungai ini sebenarnya juga telah diperluaskan dan peranti mekanikal telah dipasang untuk mengawal kedalaman air. Idea ini adalah untuk menjadikan sungai itu sepenuhnya bebas pencemaran dan bagi membina taman yang indah di tebingnya, dan membuka laluan pejalan kaki.
Alami Pengalaman Menaiki Cruise Menyelusuri Sungai Melaka yang Indah

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Alamat : Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
Nombor Telefon :  06-281 4322
Waktu Operasi :  9am – 11pm

Share:

8 comments:

  1. Yang tendang anjing tue pelanduk yer ūüėĀūüėĀ

    ReplyDelete
  2. cantik, kan Melaka ?
    Num naik cruise tak?
    tapi, sesekali, bau busuk sungai tu akan menerjah hidung :) hi hi hi hi...
    bagi yg arif tentang sungai terasa ok la kan.
    bagi yg expectation tinggi, ia mungkin sesuatu yg membantutkan deria.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

NUFFNANG